Tuesday 3 June 2014

Suntikan Pneumococcal Untuk Bayi


Bagi ibu bapa yang ada anak kecil, memang vaksin ni ialah satu benda yang baru dan tak pernah dengar pun. Selalunya kita ikut sahaja apa yang disarankan dalam jadual imunisasi oleh KKM.

Sebelum itu, apa itu vaksin pneumococcal? Ia bertujuan untuk mencegah radang paru-paru di mana ini boleh menyebabkan kematian tanpa disedari (bila sudah terlewat) yang sering melanda bayi dan kanak-kanak. Kebanyakan Negara di dunia telah mewajibkan suntikan ini. Tapi, di Malaysia, belum diwajibkan oleh KKm atas alasan, ‘peratus kematian adalah rendah’.

Tak dinafikan, suntikan ini agak mahal, dan memerlukan 4 kali sesi sejak umur 3- 12 bulan (if not mistaken). Bertanyalah kepada doctor anda dan buat sedikit research sebelum ambil. Saya? Memang saya ambil sebab atas dasar mencegah lebih baik dari mengubati. Kalau anda ada rezeki lebih, saya mencadangkan agar tolonglah ketepikan nafsu nak beli baju, beg mahal. Tolong fikir kesihatan anak anda. Baju kalau rosak boleh tukar baru, tapi nyawa anak anda?

Mengikut doctor yang merawat anak saya, bayi & kanak-kanak yang berada di taska/rumah bs adalah yang paling berisiko untuk terkena jangkitan paru-paru. Ini adalah kerana kanak-kanak yang berumur 4-5 tahun sering menjadi ‘pembawa’ jangkitan, dan yang menjadi mangsa ialah bayi. Dan juga, mereka yang mempunyai system imun rendah. Dan berpenyakit kronik.

Seperti yang saya tulis dalam entry sebelum ini, kita hanya nak dengar apa yang kita nak dengar. Kita tak nak dengar nasihat orang sebab kita nak dengar benda tu tak akan berlaku kat kita. Kita tak nak dengar yang kita ada kemungkinan untuk menghadapi situasi yang tidak diingini. Jadi, fikir-fikirkanlah. Anda nilai, anda sendiri tahu.

Tapi perlu ingat, jangan percaya google lebih dari doctor anda. Anda kena faham, google & kawan2 tak pernah pergi pun medical school. Kalau ada apa-apa, rujuk doctor ye. Mereka lebih arif, dan jangan lupa berdoa agar kesihatan menjejaki hidup kita. InsyaAllah.

Radang paru-paru memang berbahaya. Perlukan rawatan khas dan berlanjutan. Lagipun, system badan bayi masih belum kuat untuk melawan semua ni. Tak macam kita, kita dah matang.

Dulu masa bayi saya di NICU, sedih tengok rupanya terlalu ramai bayi mengalami masalah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bagi anda yang rasa selama ini anak anda sihat, cubalah pergi lihat wad kanak-kanak. Baru kita sedar, ramai rupanya menderita. Ada yang disebabkan kecuaian ibu bapa, dan ada yang terkena bukan sebab pilihan mereka. Semua di tangan Allah.



Saya doakan anda dan keluarga sihat sejahtera. Amin..


P/S : Kita selalu bawak anak2 pergi jalan2 kan. Pernah terfikir ke orang di sekeliling (terutamnya shopping complex) itu ada bawak penyakit apa?

0 comments: