Wednesday 9 September 2015

Tips Berpantang Sendiri

Bukan semua ibu bertuah nasibnya. Time berpantang, jadi raja. Yang mana masih ada ibu (yang masih sihat) untunglah, ibu dapat jaga. Yang ada rezeki lebih, dapat hire confinement lady. Range harga confinement lady bukan murah tau, setahu saya kalau sebulan sekitar Rm2200++ . 

Tapi jangan sedih mommies sayang, setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Bagi yang terpaksa berpantang sendiri, jangan sedih jangan runsing. Meh sini akak nak bagi tips, supaya sedikit sebanyak korang dapat idea macam mana nak hadapi nanti. 

1) Menjelang due date

  • Agak2 dah masuk bulan ke-9, pack barang siap-siap untuk bawak ke hospital, so at least takdelah kelam kabut time emergency nanti. Bagi yang ada anak, make sure dah inform jiran/taska/saudara/kawan yang korang nak hantar anak kepada mereka time korang nak pergi hospital nanti.
  • Playpen/baby cot pasang siap2. Begitu jugak dengan persiapan pantang contohnya kain batik (akak pakai skirt je), stoking, blouse, jaket, tilam, besen mandi baby, dan segalanya lah. So that nanti bila dah discharged from hospital, sekurang-kurangnya barang2 tu dah tersedia. Jangan lupa set Bersalin Tanamera ye. 
2) Selepas discharged
  • Tahniah for your newborn. Yay! kehidupan baru bakal bermula. 
  • Time ni lah suami memainkan peranan yang teramat penting. Waktu malam, minta dia basuh baju dalam mesin, then pagi before pergi kerja, sidai. Oh ya jangan lupa minta dia masak nasi, keluarkan lauk (kalau boleh malam tu perap siap2), esok tinggal nak bakar je ikan/ayam tuh. 
  • Bagi yang ada water heater, good. Pasang suhu tinggi, tadah air panas dalam baldi then letakkan Herbal Bath Tanamera. then mandilah guna Brown Soap. (Nampak tak promote barang kat situ. hehe)
  • Mandi baby? Selalunya makcik urut akan mandikan. Kalau time tak mengurut, minta husband mandikan baby awal2. Xpelah awal pagi pun sebab mandi air suam kan bukannya air sejuk. Lagipun Malaysia ni panas, bangun pagi pun peluh ye tak. 
  • Samalah macam masak, mintak makcik urut buatkan (korang bayar la lebih sikit). 

3) Stress?
  • Tidak dinafikan memang keadaan sedikit stress. Jadi, busykan diri anda dengan berzikir, tonton drama, layan fb, blog, pam susu, etc. Ajaklah adik/kakak/kawan datang teman kejap. Kalau time lunch hour, if ofis dorang dekat, soh datang teman makan ke, etc. At least sampai minggu ke 2 pun da ok sikit. 
4) Tips lain
  • Korang jangan la sibuk nak kemas rumah bagai. Biar je lah. Kalau kain tak berlipat pun takpe. Pejam mata lah kejap. Bagi badan baik dulu, 
  • Pendek kata, kalau korang larat, korang buat lah. Kalau tak larat biar je. Time masa free je, tidur lah puas2. Hihi. 
5) Kalau baby meragam?
  • Haaa ni penting ni. Let say korang rasa stress, letak baby dulu. Tutup pintu dan korang pergi rilex kejap kat tempat lain. Dun worry baby selamat insyaAllah. After 3-5 minit baru jenguk balik baby. Ini penting utk elakkan meroyan/rasa marah. 
Hah. Penat dah akak taip. Rasanya ada banyak lagi nak share tapi tak larat dah. 
Whatsapp saya ye +6019-665 9596 untuk info tentang Set Bersalin Tanamera.

Ni dia satu set bersalin Tanamera





Bubbye. Muah2. 

0 comments: