Friday, 20 June 2014

Minyak Urut Terbaik dari Tanamera



Hi u olls,


Salam Jumaat buat semua!


Ada sedikit nak cerita pasal Herbal Massage Oil daripada Tanamera ni.
Ye, saya merupakan Reseller Sah Tanamera. Jangan risau ye mommies semua.

Alahai. Minyak urut je pun nak cerita ke? Nanti, nanti. Baca dulu. Herbal Massage Oil Tanamera ni diadun dengan minyak esen dari herba2 terpilih.

Apa benefit Herbal Massage Oil ni?
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan water retention atau sembab semasa mengandung
  • Melegakan otot otot letih
  • Sesuai digunakan ibu mengandung, berpantang dan sesiapa saja.
  • Menyegarkan badan
  • Memberi ketenangan kerana efek minyak esen sebagai aromaterapi. 
Herbal Oil



Berminat tak nak cuba?

RM33 sebotol
RM6 postage semenanjung
RM8 postage Sabah & Sarawak


Opps. Nak inform ni PROMOSI RAMADHAN------> percuma 1 botol VCO bernilai RM34 dengan setiap pembelian Set Bersalin Tanamera.


Whatsapp : 019-6659596


See u later =)

Wednesday, 4 June 2014

Kelebihan Ostematrix Shaklee Untuk Semua



Harini nak belajar sikit pasal sains dan teknologi. Eh?

Kalau kita ambil kalsium, kena ada magnesium sekali. Perasan tak? Sebabnya magnesium membantu penyerapan kalsium.

Untuk wanita terutamanya, kalsium memainkan peranan yang amat penting.


Tak lupa juga, Ostemartix Shaklee ada Vitamin D, yang membantu mengelakkan kerapuhan tulang. Baca tak surat khabar hari ni yang ramai penduduk Malaysia kekurangan Vitamin D. sebab sumber vitamin D hanyalah sikit. Baca link di bawah untuk info lanjut; 

http://www.hmetro.com.my/articles/Obseskulitcerah//Article?BeritaUtama


Selepas umur 30 tahun, makan ketumpatan tulang kita akan berkurang sedikit demi sedikit. Lebih teruk lagi, akan mengalami osteoporosis. Iaitu kerapuhan tulang. 

Osteoporosis


Wanita hamil, memerlukan kalsium untuk perkembangan bayi dalam kandungan dan jugak untuk keperluan anda.

Wanita menyusu, anda memerlukan kalsium untuk penghasilan susu badan yang berkualiti.


Sebab tu lah, kalau wanita selepas bersalin, mula lah rasa sakit pinggang sana sini. Badan dah bagi warning tu.


Saya sendiri tengok kejadian yang dialami oleh nenek2 dan ibu saudara yang mengambil masa yang lama untuk pulih dari sebab tulang dah rapuh.

Asal terlanggar benda, cepat je nak retak tulang tu. Hmm.. ini semua sebenarnya boleh dicegah dengan pengambilan kalsium dari awal. Cegah sebelum terlewat. Sebab nak merawat lagi terseksa dari mencegahnya.



JADI, KENAPA OSTEMARTIX SHAKLEE PILIHAN TERBAIK?

  • Kaplet yang mudah ditelan (tidak akan tersekat )
  • Dilengkapi dengan Magnesium dan Vitamin D
  • 4 kaplet sehari membekalkan 1000mg keperluan kalsium untuk badan. Amat mencukupi
  • Alternatif terbaik bagi mereka yang tidak suka minum susu
  • Alternatif terbaik bagi mereka yang tak nak minum susu kerana bimbang pengambilan kalori terlebih





AKIBAT CUKUP KALSIUM

  • Membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
  • Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).
  • Membantu proses penyimpanan dan pelepasan sesetengah hormon.
  • Membantu perkembangan tubuh badan normal.
  • Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggang kronik


Whatsapp/sms : 019-6659596
Email : babysmile2u@gmail.com

Tuesday, 3 June 2014

Suntikan Pneumococcal Untuk Bayi


Bagi ibu bapa yang ada anak kecil, memang vaksin ni ialah satu benda yang baru dan tak pernah dengar pun. Selalunya kita ikut sahaja apa yang disarankan dalam jadual imunisasi oleh KKM.

Sebelum itu, apa itu vaksin pneumococcal? Ia bertujuan untuk mencegah radang paru-paru di mana ini boleh menyebabkan kematian tanpa disedari (bila sudah terlewat) yang sering melanda bayi dan kanak-kanak. Kebanyakan Negara di dunia telah mewajibkan suntikan ini. Tapi, di Malaysia, belum diwajibkan oleh KKm atas alasan, ‘peratus kematian adalah rendah’.

Tak dinafikan, suntikan ini agak mahal, dan memerlukan 4 kali sesi sejak umur 3- 12 bulan (if not mistaken). Bertanyalah kepada doctor anda dan buat sedikit research sebelum ambil. Saya? Memang saya ambil sebab atas dasar mencegah lebih baik dari mengubati. Kalau anda ada rezeki lebih, saya mencadangkan agar tolonglah ketepikan nafsu nak beli baju, beg mahal. Tolong fikir kesihatan anak anda. Baju kalau rosak boleh tukar baru, tapi nyawa anak anda?

Mengikut doctor yang merawat anak saya, bayi & kanak-kanak yang berada di taska/rumah bs adalah yang paling berisiko untuk terkena jangkitan paru-paru. Ini adalah kerana kanak-kanak yang berumur 4-5 tahun sering menjadi ‘pembawa’ jangkitan, dan yang menjadi mangsa ialah bayi. Dan juga, mereka yang mempunyai system imun rendah. Dan berpenyakit kronik.

Seperti yang saya tulis dalam entry sebelum ini, kita hanya nak dengar apa yang kita nak dengar. Kita tak nak dengar nasihat orang sebab kita nak dengar benda tu tak akan berlaku kat kita. Kita tak nak dengar yang kita ada kemungkinan untuk menghadapi situasi yang tidak diingini. Jadi, fikir-fikirkanlah. Anda nilai, anda sendiri tahu.

Tapi perlu ingat, jangan percaya google lebih dari doctor anda. Anda kena faham, google & kawan2 tak pernah pergi pun medical school. Kalau ada apa-apa, rujuk doctor ye. Mereka lebih arif, dan jangan lupa berdoa agar kesihatan menjejaki hidup kita. InsyaAllah.

Radang paru-paru memang berbahaya. Perlukan rawatan khas dan berlanjutan. Lagipun, system badan bayi masih belum kuat untuk melawan semua ni. Tak macam kita, kita dah matang.

Dulu masa bayi saya di NICU, sedih tengok rupanya terlalu ramai bayi mengalami masalah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bagi anda yang rasa selama ini anak anda sihat, cubalah pergi lihat wad kanak-kanak. Baru kita sedar, ramai rupanya menderita. Ada yang disebabkan kecuaian ibu bapa, dan ada yang terkena bukan sebab pilihan mereka. Semua di tangan Allah.



Saya doakan anda dan keluarga sihat sejahtera. Amin..


P/S : Kita selalu bawak anak2 pergi jalan2 kan. Pernah terfikir ke orang di sekeliling (terutamnya shopping complex) itu ada bawak penyakit apa?

Monday, 2 June 2014

Testimoni Set Bersalin & VCO Tanamera

Salam Semua,

Happy Monday. Jangan malas-malas kerja ye. Hehe..

Harini nak share tentang testimony Tanamera. Sikit je nak share. Tak larat upload gambar banyak2 sebab internet harini mcm kura-kura sikit.

RASA BEST SEPERTI DI SPA!



Comel je husband dia tolong bagi review




Terbukti terbaik!

Haa sebelum ni kan saya ada cakap yang Set Bersalin Tanamera ni memang MILD je. Sebab NO NO JAMU.. So bila kita guna, insyaAllah bayi akan serasi sebab tak panas pun ramuan Tanamera ni.
Dan juga, memang bf friendly. Kenapa? Sebab kami menyokong penuh penyusuan susu ibu sehinggan 2 tahun.

Jadi jangan ragu-ragu lagi. Satu Set Lengkap ni memang cukup untuk berpantang. Senang sangat nak guna sampaikan rasa macam ‘Eh ni tengah pantang ke atau tengah ada kat spa?’



VCO TANAMERA LEBIH SEDAP BERBANDING JENAMA LAIN!


Sejuk hati membaca review pelanggan!



Sesetengah VCO memang bau tengik kelapa menyebabkan ramai tak suka. Tapi dengan VCO Tanamera, memang tidak dinafikan lagi pengguna boleh menggunakannya tanpa rasa loya/tengik.

Tapi VCO Tanamera ni baunya tetap kelapa la, nama pun VCO. Cumanya tak kuat tengik tu. Jangan expect bau VCO Tanamera ni bau macam perfume Versace pulak ye. Hehehe..


PM laju2 ya +6019-665 9596

Sunday, 1 June 2014

PILIHLAH SET BERSALIN TANAMERA

Assalamualaikum semua. 

Bagi ibu yang pertama kali nak bersalin, confirm dari bulan kelima lagi dah fikir nak beli set bersalin apa lah nanti ye. Kalau tanya mak, nenek semua mesti mereka recommend jamu. Percayalah, apabila waktu berpantang nanti mesti tension sebab baru tahu pantang larang banyak. Dan juga, proses berpantang yang telah 'disusahkan'. 

Mommies, tak perlu susahkan diri semasa berpantang. Kita DESERVED dilayan seperti puteri raja sebab menghargai kepayahan mengandung 9 bulan, dan segala kesakitan yang ditanggung semasa bersalin. Dan juga, kenapa pandang enteng aspek penjagaan diri semasa berpantang? Kita perlu sentiasa bersih, segar dan bertenaga supaya badan dapat menjalani proses pemulihan dengan cepat. 

Terlalu banyak set bersalin di luar sana. ada yang murah, ada yang mahal. 

TETAPI? NAK PILIH YANG MANA?

Jangan risau. Satu Set Bersalin Tanamera memang lengkap! 

Apa yang terkandung dalam Set ini?




  • VCO Tanamera (PALING HOT)
  • Brown Soap
  • Boreh Body Scrub
  • Herbal Massage Oil
  • Feminine Herbal Wash
  • Herbal Bath
  • Herbal Tea
  • Firming Blend Paste
  • Calming Herbal Blend
  • Bengkung

Haa...cukup kan? 

Set ini diyakini ramai sebab?
  • TAK PANAS MACAM JENAMA LAIN
  • Selamat, halal
  • Ramuan sangat MILD
  • sesuai untuk bf baby anda
  • Produk yang sangat menjaga kualiti
  • Senang sangat nak guna!
  • Testimoni banyak. anda boleh pilih nak baca yang mana satu. 
Pilihan di tangan anda. Kena ingat, badan dah lalui pelbagai perubahan semasa mengandung dan berpantang. Jadi, anda kena hargai badan anda. Jaga baik-baik supaya kita sihat dan cergas untuk menjadi ibu dan isteri yang terbaik!


Bagi ibu yang tengah awal dan pertengahan mengandung, disarankan cuba VCO Tanamera dulu. Belum cuba, belum tahu!

KENAPA NAK TUNGGU LAGI?

019-6659596
babysmile2u@gmail.com


COD : Ukay Perdana, Hulu Kelang, Ampang, Wangsa Maju, Setiawangsa, Pusat Bandar Damansara

Friday, 30 May 2014

Wordless Friday


Salam. Eh ada ke wordless Friday. Friday lah sangat kan.

Apapun. Rasa best bila sampai hari Jumaat. Sebab esok cuti.

Dan Jumaat lah ada banyak kelebihan. Hari penghulu segala hari. Saya masih mencuba untuk banyakkan zikir, selawat dan sedekah. Doakan saya.


Harini banyak keluar cerita di akhbar tentang penderaan bayi & kanak-kanak. Tapi tak nak lah cerita lebih takut menangis sebab rasa sayu sangat.

Mudah-mudahan si pesalah bertaubat, dan roh anak-anak sedang gembira di Syurga. Kegembiraan mutlak di sana.


Ok, bercerita pasal Jumaat ni rasa nak tulis panjang-panjang walaupun tajuk post ialah Wordless Friday. Tapi tak tahu nak tulis apa.


Nak bagitahu juga, tengah nak buat keputusan yang boleh dikatakan penting dalam hidup. Semoga Allah memberi petunjuk.



Thursday, 29 May 2014

Macam Mana Nak Guna VCO Tanamera?



Assalamualaikum. Semua sihat ke? Saya doakan rakan-rakan semua berada dalam keadaan yang baik. 


Ini lah dia asal usul VCO




Sejak kebelakangan ni, bertalu-talu whatsapp yang diterima tentang VCO Tanamera ni. Yelah, barang hot kan. Ramai tak faham penggunaan VCO ni. Di sini saya nak terangkan satu-satu mengikut apa yang saya belajar, dan pengalaman orang lain. 


VCO Tanamera


Ok, VCO ni sebenarnya Minyak Kelapa dara. Dihasilakan daripada pohon seribu guna, makan banyaklah kegunaannya. Buat info semua, VCO Tanamera ni boleh diminum dan disapu ye.

Ramai yang bagi testimony kata VCO Tanamera sedap dan kurang berbau ‘kelapa’. Mungkin juga. Sebab tulah VCO Tanamera PALING HOT dan terlajak laris. Hehe.


CARA-CARA PENGGUNAAN VCO TANAMERA :



Untuk kegunaan am (kesihatan):

  • Ambil satu sudu besar setiap hari selepas makan. Sebaiknya after breakfast atau dinner. Nak ambil dua kali sehari pun boleh. Suka hati anda. 


Tambahan untuk ibu mengandung:

  • Sejak awal kehamilan lagi, minum VCO satu sudu besar after breakfast. 
  • Sapukan VCO di perut untuk elakkan strech mark ye mommies. Mula awal, cegah lebih baik drpd mengubati. 
  • Bila masuk minggu-minggu terakhir mengandung, ambillah dua sudu besar sehari. Terpulang nak ambil lepas breakfast sekaligus atau bahagikan dua. 
  • Bila masuk minggu 36, gunakan VCO Tanamera untuk membuat urutan ‘perinium’. Ni kena google sendiri ye sebab sulit untuk diterangkan.
  • Bila tengah sakit2 nak bersalin, minumlah sebanyak yang anda boleh. Kalau sempat dan teringat, minta suami/nurse sapukan VCO di perineum masa di wad bersalin tu. 

Tambahan untuk ibu berpantang:

  • Ambil satu sudu/dua sudu seperti sewaktu berpantang. Yela kalau tak nanti sembelit tau. Jadi buasir lagi la teruk. So kena cegah!
  • Digalakkan untuk sapu di perut untuk merawat stretch mark. 
  • Teruskan pengambilan VCO Tanamera untuk kebaikan menyusu.
  • Boleh disapukan di nipple untuk ubati nipple crack 


Nota kecantikan:

  • Sapukan VCO di kulit wajah sebelum tidur. Urut sehingga meresap. Bangun pagi esok, mesti anda akan gembira kerana kulit gebu. 
  • Boleh buat 'Hot Oil' treatment rambut guna vco tau. Senang je, sapukan VCO dekat rambut, bungkus dengan tuala panas selama 15 minit. Dan basuh rambut dengan shampoo. Tadaaa!!! Lagi murah daripada pergi salon mahal2. 

ERRKKK!! JAP! Ada orang tak tahan nak minum VCO macam tu jek. Saya cadangkan macam ni; masa korang minum vco tu, telan terus dengan air sekaligus tau. TAPI...TAPI,, jangan la pergi campur vco dalam gelas yang ada air..nanti cane tu nak habiskan segelas air? hik3.. konsepnya macam telan ubat lah. kite telan ubat tu guna air cepat2 kan? 

Semua dah jelas? Kalau ada apa-apa pertanyaan jangan malu, jangan segan untuk tanya saya.

Harga : RM41 exc pos

Whatsapp/sms : 019-6659596
Email : babysmile2u@gmail.com



InsyaAllah. Kita berusaha. Selainnya serahkan kepada Allah.

USAHA –DOA-TAWAKKAL-




Klebang Coconut Shake
sumber : tripadvisor

***ish…tulis pasal kelapa ni..teringat minuman kegemaran saya.. COCONUT SHAKE!!

Wednesday, 28 May 2014

Info Tentang Kolestrol & Lechitin


Oh. Nak sambung sikit pasal kolestrol yang in my previous entry tu.

Semua dah pernah buat medical check up tak? Macam mana ok ke hasilnya? Kalau ok, maka syukur sangat2. Tapi, kena beringat. Jangat hari-hari nak ‘balun’ high cholesterol food aje. 


Sumber : The Star

Pernah dengar kan Omega 3 boleh merendahkan kolestrol? Tapi tak dinafikan harganya memang mahal sikit. Yelah, minyak ikan. Mana mungkin murah ye dok? Saya ada cadangan untuk mereka yg tgh 'bajet',


Makanan yang membantu merendahkan paras kolestrol


Bagi customer saya yang mahukan tahap kolestrol turun, tapi tak suka makan oat (saya pun tak suka sbb lembik2 gitu..hehe). Saya cadangkan Lechitin Shaklee.

Sebenarnya, ini terhasil daripada soya (secara amnya). Means sesuai la untuk vege. Selalu kita jumpa ini sebagai pengemulsi makanan.

FUNGSI LECHITIN
  • Pengemulsi semulajadi
  • Ia melekat pada lemak, jadi lemak tidak akan melekat pada saluran darah. 
  • Menghalang batu karang sebab 90% penyakit ini adalah berpunca daripada kolestrol 
  • Menguatkan system imun sebab ia menghalang platelet dari mengaktifkan tisu gegelung dalam darah
  • Membantu penyerapan vitamin larut lemak ; ADEK

SIAPA BOLEH AMBIL
  • Mereka yang nak kurus
  • Pesakit darah tinggi, dan tinggi kolestrol
  • Pesakit yang kerap allergy
  • Pesakit insomnia


Cara kolestrol terbentuk



TAPI, TAPI, TAPI…Ini vitamin tau. Bukan ubat. Vitamin berfungsi sebagai mencengah dan mempercepatkan proses mengembalikan kesihatan badan.

Ramai yang dah cuba, dan mereka puas hati. Kalau google, seribu satu testimony dan cerita gembira mereka.

JANGAN tunggu dah terhantuk baru nak mengadah ye. Sesungguhnya mencegah lebih baik dari merawat.

InsyaAllah. Dapat bantu anda.

Bina kawan baru. Tambah ilmu. Lebih sihat.
019-6659596

Monday, 26 May 2014

Masalah Penyusuan Bayi (PART 2)

Ramai kot dah bosan dengan topik ni. Tapi sebenarnya ramai tak tahu juga. Kepada bakal-bakal ibu, silalah belajar ilmu penyusuan secara mendalam. Hanya anda je yang faham badan anda. Study, then manfaatkan mengikut kesesuaian anda. Ingat, NO ACTION, NO RESULT ye!

NAK KENA BUAT APA NI..BLUR..

Ok, first and foremost, anda kena kerappkan direct feeding bayi anda. Kena ingat konsep mudah, more demand, more supply. Sebab tu lah masa bayi dilahirkan, nurse akan ‘paksa’ kita menyusukan bayi satu jam selepas kelahiran kan. Ini untuk mencetuskan hormone dan air susu kita. Jangan risau, beberapa hari pertama bersalin memang lah susu sikit. Tapi anda kena ingat saiz perut bayi tu sangatlah kecil. So, Allah da bagi cukup ikut keperluan bayi. Adil kan?. Percayalah, anda akan rasa bonding dengan bayi lebih kuat. Bayi tiada time table tau untuk menyusu. Bagi je semahu mahunya. Memang perlukan kesabaran yang amat tinggi!


TAPI SAYA KERJA, MACAM MANA?

No No No. Tiada alasan lagi. Spend duit sikit untuk beli pam susu yang berkualiti. Jangan sibuk shopping baju, handbag je. Baju anda tu tak luak pun. Spend masa, cari dan survey. Ada sesetengah kedai; contohnya ‘Fabulous Mom’ yang mana kita boleh try dulu pam tu dengan bayaran RM10. Ok, Dah beli pam, kena ada aksesori contohnya cooler bag, ice pack, botol2 simpan susu. ETC. Cari! Cari!

Di ofis, kena pam selang 3 jam. Saya bagi contoh, pukul 8, 11, 2ptg dan 5 ptg. After ambil baby di rumah bs/taska, terus direct feed (df) bayi anda. Susu yang diperah di ofis, simpan dalam peti untuk bekalan bayi pada besoknya. Kalau anda ada banyak stok, boleh lah freeze dulu.



LETIH LA. MALAS. SIBUK PULAK TU

Ramai ibu-ibu yang dah berjaya susukan anak mereka walaupun sesibuk mana. Seorang juru terbang wanita TUDM pun BERJAYA pam susu dan eksklusif bf anak beliau. Tak malukah kita? Lagipun, cuba bayangkan berapa banyak wang yang boleh dijimatkan denga menyusu anak. Khasiat susu ibu jauh lebih baik berbanding susu formula. Tiada susu, standing susu ibu. Anda kena bersabar. Di mana datang hasil kalau tiada usaha? Cuba susun balik jadual harian. Banyakkan berdoa. InsyaAllah, ada jalannya.


KENAPA ORANG LAIN SUSU BANYAK? SAYA SIKIT?

JANGAN sesekali compare apa yang orang lain dapat!!!!! Setiap orang ada rezeki masing-masing. Kena yakin, susu anda cukup untuk bayi. Kenapa pulak mesti compare? Kalau macam itu, tak adil lah kan.



DOA, USAHA & TAWAKKAL.







DAPATKAN SET VITAMIN MENGIKUT KEPERLUAN & BAJET

019-6659596

Thursday, 22 May 2014

TIPS KECANTIKAN KULIT



Salam semua.. Kulit Cantik datangnya dari dalam dan luar. Ok, kita semua ada yang sanggup spend berates-ratus membeli produk penjagaan luar, contohnya set kecantikan muka, make up, etc. Tapi semua itu bersifat temporary sahaja. Setiap kali nak cantik, setiap kali lah kena sapu & tempek. Sebelum sapu apa-apa2, saya cadangkan dalam pada masa sama, fokuslah kepada penjagaan dalaman. Nak kulit cantik perlukan kesabaran.

TIPS KULIT CANTIK





Tidur yang mencukupi. Sebab apa? Bila dapat tidur yang cukup, badan tak stress. Ingat tak dulu Zaman nak siapkan assignment, tidur pun entah ke mana. Mesti kita bangun dengan eye bag, wajah pucat, kelam (bahasa utara) dan tiba-tiba jerawat tumbuh bak cendawan. Kenapa nak sayang sangat tidur? Just enjoy your sleep. Tidur secukupnya , tapi jangan terlebih pulak ye.!





Air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Eh jangan campur tau dengan air kopi, teh. TAK MASUK.

Ni air biasa je. Sebab? Badan perlukan air untuk membuang toxic dan sisa kumuhan badan. Kalau air manis, jadi satu kerja pulak dekat badan nak proses keseimbangan gula dalam badan kan. Air ni kira ‘free-detox’ lah. Sangat membantu tau. Lagipun dulu kita belajar Sains masa sekolah menengah, air akan buat proses osmosis. Ia akan pergi ke tempat yang kering untuk seimbangkan water ration. Bila sel-sel kulit kita kering, haaaa apa lagi, nampak kusam dan tak segar! Bila air cukup di dalam sel-sel kulit, ia akan bagi jadi sel tu ‘plump’. Harap faham lah teori sains ni. Hehehe..





Pemakanan sempurna. Ini ramai yang kata alah, senang aje. Kau pergi makan banyak sayur dan buah. Jeng jeng jeng! Ramai tak tahu berapa banyak vitamin C yang hilang start kita basuh, potong dan masak buah/sayur tersebut. Lepas tu, bukan semua suka sayur. Tapi boleh ke kita nak ikut saranan KKM yang menyarankan ambil 5-6 sajian sayur & buah SETIAP HARI?? Tapi cuba anda track balik apa yang anda makan harini, atau semalam. Ada tak? Homemade atau beli? Tepuk dada tanya selera.



Ini, hanya anda yang tentukan. Jangan bising bila wajah kita TUA sebelum USIA. Kalau jalan dengan anak, nanti orang tegur, ‘eh ni adik ke?’..Haaa tak ke senang hati macam tu?



Nak bantuan supplement? Saya cadangkan SET KECANTIKAN SHAKLEE yang terdiri daripada

Vitamin B , C , E & ESP Shaklee


Anda boleh beli dengan saya guna harga ahli..FREE CONSULTATION!

019-6659596
Email : babysmile2u@gmail.com

Wednesday, 21 May 2014

Masalah Dalam Penyusuan Bayi

Hai Ibu-ibu..

Ketika mengandung ni jangan asyik fokus nak beli barang baby apa. Faham, teruja nak sambut baby baru memang begitu. Tapi, sebenarnya ramai yang TERSILAP dan TAK FOKUS kepada persiapan untuk menyusukan bayi!! Betul. Saya nak share pengalaman sendiri dan ibu2 yang telah mengalaminya.
Saya tahu, semua sibuk fikir nak beli baju berapa pasang, stroller, katil dan walhal, benda-benda yang tak perlu. Wahai bakal-bakal ibu, please…please…please cari gali ILMU PENYUSUAN. Benda ni bukan mudah, terutamanya mereka yang pertama kali bergelar ibu. 


Nampak mudah?


Akibat tidak tahu ilmu penyusuan, kita akan mengalami situasi begini;

  • Susu tak keluar!!
  • Kenapa susu sikit je ni?
  • Bayi asyik menangis lapar nak susu lah tu
  • Bayi asyik ‘bergayut’!!
  • Nak kena bagi air masak ke dekat bayi?
  • Berapa lama bayi hisap susu? 
  • Masalah ‘Tounge Tie’
  • Lepas tu berapa jam pulak nak kena bagi?
  • Cara simpan stok susu semasa berpantang
  • Tandem nursing
  • Cara simpan susu perahan 
  • Cara nak bawak susu perahan ke rumah pengasuh/taska
  • Pemakanan semasa menyusu


Actually banyak lagi tau ilmu kena korek2. Jangan bila lepas bersalin, rasa tension sebab banyak sangat masalah menyusu anak, dan membuatkan ibu-ibu mengambil jalan mudah untuk terus bertukar ke susu formula.

Set niat anda dari sekarang, nak susukan anak sehingga dua tahun, seperti saranan dalam Al-Quran.



Pahala banyak. Maka kumpullah dari sekarang. Yang untuk ibu yang gagal semasa anak pertama, kenapa berputus asa? Boleh cuba lagi.

Banyak lagi nak share pasal penyusuan bayi, akan diterangkan dalam entry2 selepas ini.




Set Menyusu Shaklee : Alfalfa & ESP.
InsyaAllah membantu penyusuan anda.



Whatsapp/sms : 019-6659596

Email : babysmile2u@gmail.com



Monday, 19 May 2014

Pening Nak Masak Apa Untuk Anak Umur Setahun


Salam semua.. Ibu2 bekerjaya dan suri rumah yang dihormati sekalian, mesti dah buntu nak bagi anak anda makan apa kan today.

Bukak peti, pastu berdiri lama-lama depan peti. Haaa jangan tipu la..

Asyik2 bubur nasik aje, kita yang masak ni pun dah muak, anak yang makan pun bukankah muak jugak? Hehe..


Saya baru terfikir idea ni based on kebetulan ni je bahan yang ada kat dapur. Si kecil tu pulak da pandai pilih2 makanan nampaknya. Nampaknya mama kena lebih kreatif la untuk memastikan dia dapat makan Home Cook meal setiap hari. Ye, memang masak setiap hari. Sebab kita tahu apa yang anak kita makan, nilai nutrisi dan apa kegemarannya. Selain itu, boleh tambah pahala apa. Sambil2 masak, doa lah supaya anak kita membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh dan berakhlak mulia. Lain tau bila masak untuk anak ni, biar lah simple mimple (eh ada ke words ni) pun, air tangan ibu kan lebih elok.


Ni nak share resepi ‘Mashed Potato with Spinach’

Bahan-bahan:

- Sebiji kentang
- Keju slice
- Bayam
- Seulas bawang putih
- Ikan bilis sikit
- Olive oil satu sudu kecil


Cara-cara :

- Kupas kulit kentang, potong kiub kecik2 dan rebus sehingga lembut
- Sementara itu, tumis bawang putih & ikan bilis, dan masukkan bayam hingga masak.
- Then, cincang bayam kecik2
- BIla kentang dah lembut, mashed lah guna garfu (atau apa2), dan gaulkan keju (koyak kecik2 ye) dan bayam
- Masukkan secubit garam dan black pepper


Dah. SEDAP untuk baby. Mama pun join sekali.

BERKHASIAT DAN HOMEMADE.

PASTIKAN anak anda dah lulus ‘4 days rules sebelum mencuba resepi ini untuk elakkan allergic.


Kena rajin ye mommies semua. Anak membesar sekali je. Tak boleh reverse balik. Hargai moment anda bersama yang tersayang.


Kalau mommies semua rasa tak bertenaga, mari cuba Set Asas Shaklee. InsyaAllah anda lebih bertenaga dan yakin untuk uruskan rumah tangga.


Whatsapp/sms : 019-6659596
Email : babysmile2u@gmail.com

Saturday, 17 May 2014

Testimoni Tanamera

Bakal2 ibu dan ibu2 semua!

Mari baca review Set Bersalin Tanamera yang telah terbukti disukai ramai!

Kenapa? 

  • RAMUAN 'MILD'
  • TANPA JAMU2 'PANAS'
  • BF FRIENDLY
  • SENANG DIPAKAI
  • HALAL DAN SELAMAT






Hubungi saya untuk maklumat lanjut, nak tanya apa2 pun boleh.
Silalah pentingkan kesihatan & kecantikan luar dan dalam. Sebab, masa yg lalu tak boleh diundur kembali.



Whatsapp : 019-6659596
Email : babysmile2u@gmai.com

COD : Ukay Perdana / Ampang / Wangsa Maju / Setiawangsa / BB Bangi


Sebab Badan Perlukan Supplement

Salam Semua..

Alhamdulillah zaman sekarang ni sudah ramai yang faham tentang kepentingan nutrisi dan pemakanan yang lengkap buat tubuh badan kita. Tq to my customers yang meyakini Shaklee sebagai supplement terbaik! 

Ok nak bagitahu kenapa badan perlukan supplement : 
  • Pemakanan seharian kita tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan
  • Zat makanan & vitamin MUDAH hilang akibat proses penyediaan, penyimpanan dan lain. Contohnya bila kita goreng ikan, sebahagian protein telah rosak tahu tak..
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di tanah yang kurang subur, mengandungi peracun serangga. Ini semua mempengaruhi kualiti produk tanaman.Nak beli yang organik? Mahal.
  • Gaya hidup masa kini yang sibuk, mengakibatkan asyik memilih makanan segera yang sememangnya tidak berkhasiat langsung, selain mempunyai bahan kimia yang tinggi. 


Dan juga, kenapa saya memilih Shaklee? 

  • Berasaskan sumber semula jadi yang TULEN dan bebas daripada pewarna tiruan, pemanis, pewarna dan perisa. 
  • Setiap bahan diuji di makmal untuk memastikan bebas daripada bahan kimia. 
  • Setiap ramuan botanikal turut dikaji oleh pihak ketiga
  • HALAL oleh ISA - Islamic Services of America, sebuah badan pengiktirafan disahkan oleh JAKIM.
  • Mematuhi GMP - Good Manufacturing Process. Pemantauan ketat untuk memastikan kualiti produk terjamin. 


Produk-produk Shaklee yang telah membantu tahap kesihatan orang ramai.












Dapatkan consultation daripada saya secara percuma!

Whatsapp : 019-6659596
Email : babysmile2u@gmail.com
Shaklee ID : 1140866











We Can Do IT

Be strong and don't give up. Selamat breastfeeding kepada simanja anda




Perbezaan Set Berpantang Shaklee VS Set Bersalin Tanamera

Ape beza kedua-duanya??

Bak kata P.Ramlee nampak macam sama tapi tidak serupa. Disini ingin dijelaskan set berpantang Shaklee lebih untuk memulihkan tenaga dalaman wanita selepas selamat melahirkan anak.Maksudnya, mengembalikan kekuatan badan melalui nutrisi yang lengkap. badan kita memerlukan nutrient cukup untuk pulih dari segala trauma, kecederaan, hilang banyak darah akibat proses bersalin, dan nak menyusukan anak lagi!! Anak kita pun dapat nutrient dari air susu ibu. 

Manakala set bersalin Tanamera untuk penjagaan ala-ala spa untuk mengembalikan kekuatan badan, dan ketenangan secara alami/semula jadi. Satu set lengkap Tanamera contohnya mempunyai scrub badan, di mana sambil2 kita sental badan, secara tak langsung dapat melancarkan peredaran darah dan...kulit makin berseri jugak. Herbal Tea contohnya, untuk menyegarkan badan, dan melancarkan susu badan. 

Banyak sangat kelebihan kedua-dua set berpantang ini. Saya menggunakan kedua-duanya. dan tak boleh la tinggal salah satu. 

Anda boleh baca tentang kedua-duanya di dalam blog ini. Terlalu banyak diceritakan. Tanya kawan2, pasti mereka akan mengesorkan salah satu antara kedua-dua ini. 

Hubungi saya untuk mendapatkan consultation percuma, dan harga member. 


Whatsapp : 019-6659596
Email : babysmile2u@blogspot.com

Set hamil & Set Berpantang Shaklee

Selain daripada Set Bersalin TANAMERA, kami juga turut menjual set barangan Shaklee khusus untuk bakal-bakal ibu yang tengah hamil dan juga yang untuk wanita selepas bersalin. Hubungi 019-6659596 untuk info lanjut
Di awal kehamilan sehingga bersalin

Selepas melahirkan anak + menambahkan susu badan

Friday, 16 May 2014

Sihat Dengan VitaLea Shaklee

Dah cuba Vita Lea? Marilah sama-sama menjaga kesihatan badan. Sebab, kesihatan tak boleh dibeli. Bila dah sakit,baru teringat masa sihat.

Apapun, tangungjawab kita untuk CUBA jaga kesihatan. Yelah, badan kita, tanggungjawab kita. Hehe.. macam kenal je skrip nih.


Nak share kepada semua, kenapa perlu yakin dengan Vita Lea.



Vitamin ni tak mahal. Malah, lebih berbaloi daripada yang terdapat di pasaran luar. Berani tak ambil sesuatu produk yang di mana kita tak tahu keupayaan makmal syarikat tersebut?

Yakini Shaklee. Vitamin semula jadi. Bukan sintetik.

Dapatkan harga ahli apabila anda membeli daripada saya.

Thursday, 15 May 2014

ESP Shaklee dan Berpuasa

Hi Semua !!

U olls harini siapa puasa sunat angkat tangan! Alhamdulillah. Teruskan usaha dan semangat anda.

InsyaAllah, dengan izinNya, anda Berjaya rebut pahala yang datang setahun sekali. Tahun depan confirm ke hidup lagi?

ESP. Haah. Energizing Soy Protein yang terdapat dalam Set Hamil. Eh.. tapi semua orang pun sesuai ambil. Sebab ianya multi-purpose katakan.

Setibanya bulan puasa ini, mari cuba ESP. Sebab kandungan proteinnya sangat baik untuk badan. Dan yang penting, anda akan bertenaga, dan LAMBAT LAPAR! . Kadang2, rasa kenyang je sepanjang berpuasa (testimony diri sendiri).


Kebaikan ESP :

  • Rendah lemak, dan tanpa kolestrol
  • Mengandungi isoflavone yang bertindak mengurangkan risiko kanser, sebagai antioksidan, memelihara system imun tubuh
  • Menggalakkan pembentukan sel2 baru
  • Untuk ibu menyusu, member tenaga dan menambah kuantiti susu badan (tp kena kerap pam ok..)
  • 9 asid amino yang badan kita tak dapat hasilkan
  • Dilengkapi juga dengan kalsium untuk tulang
  • Memberi rasa kekenyangan bagi mereka yang ingin kurangkan berat badan (ada tips di sini)


Aduh. Banyaknya kelebihan. Kena cuba dulu baru boleh tahu.

Rasanya sedap, dapatkan tips resepi minuman ESP apabila membeli dengan saya. =)

Whatsapp   : 019-6659596
Email         : babysmile2u@gmail.com
Shaklee ID  : 1140866



KEJAP! Mari visit my ig - babysmile2u 

Tuesday, 13 May 2014

Penjagaan Sebelum Bersalin

Apakah itu penjagaan pranatal?

Ia adalah pemeriksaan kesihatan yang berkala apabila anda disahkan mengandung.

Salah satu tujuan adalah untuk memastikan hubungan baik antara anda dan kakitangan kesihatan.

Kedua-dua keperluan perubatan dan psikologi anda akan ditangani.

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas yang terlatih di semua klinik-klinik kesihatan kerajaan.

Apa itu lawatan tempah?

Lawatan tempah adalah lawatan pertama anda ke klinik penjagaan pranatal.

Ini adalah lawatan mustahak untuk mengenal pasti dan menguruskan sebarang komplikasi kesihatan ( jika ada ) dan melakukan saringan faktor-faktor risiko yang mungkin dialami semasa tumbesaran janin dan akibatnya.

Ia perlu dilakukan sebaik sahaja anda disahkan mengandung.

Masa yang disyorkan bila anda mengandung kurang dari 12 minggu.

Lawatan pertama mungkin terlewat bagi kandungan anda tetapi masih dianggap lawatan tempah.

Semasa lawatan tempah, jururawat akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan: 

  • Perihal pusingan haid anda
  • Sejarah peribadi
  • Sejarah keluarga
  • Sejarah perubatan dan pembedahan
  • Sejarah kandungan lampau (jika ada)
  • Latar belakang ekonomi dan sosial

Selepas sesi temuduga jururawat akan melakukan pemeriksaan fizikal.

Seterusnya anda perlu menjalani ujian di makmal. 

Apabila anda selesai dengan proses tadi, terpulang kepada keadaan dan keputusan temuduga, pemeriksaan dan ujian makmal, rawatan diberikan mengikut kesesuaian. 

Sebelum pulang, tarikh lawatan susulan anda akan diberi mengikut persetujuan anda.

Jururawat akan memberikan salinan kad pranatal untuk disimpan oleh anda dan untuk dibawa bersama semasa lawatan ke klinik.

Keseluruhan proses mengambil masa 1- 2 jam bergantung kepada beban kerja klinik semasa lawatan anda. 

Apakah yang dilakukan semasa lawatan susulan pranatal?

Semasa lawatan ini tahap kesihatan dan keadaan kandungan anda akan dinilai dan dipantau.
Penglibatan keluarga dan waris adalah digalakan:


  • Untuk sokongan emosi bila diperlukan.
  • Menggalakan mengikut nasihat dan program penjagaan pranatal.
  • Membantu mengenalpasti keperluan dan kehendak ibu.
  • Berbincang bagi merancang kelahiran.

Berikut adalah ativiti-aktiviti yang dilakukan semasa lawatan susulan:


  • Sejarah ringkas dari lawatan akhir pranatal yang telah direkodkan.
  • Pengambilan berat badan dan tekanan darah.
  • Ujian air kencing untuk protein dan gula.
  • Ketinggian rahim direkodkan di carta yang ditetapkan untuk pemantauan tumbesaran janin.

Kedudukan janin dinilai selepas kandungan 32 minggu.

Jika kedudukan janin tidak tepat, pemeriksaan ultrasound untuk kenal pasti kedudukan uri.

Denyutan jantung janin akan direkodkan.

Pelalian (diberikan bila sampai tempoh).

Berapa kerapkah lawatan pranatal?

Dicadangkan lawatan pranatal seperti berikut: 

  • Sebelum 28minggu - sebulan sekali
  • 28 - 35 minggu - setiap 2 minggu sekali
  • 36 minggu dan keatas - setiap minggu

Kekerapan lawatan bergantung kepada keperluan dan keadaan anda.

Bagaimana saya akan tahu bayi kandungan saya membesar dengan sihat?

Semasa lawatan pranatal kedua ibu dan kandungan anda akan dinilai dan dipantau. 
Disini disenaraikan aktiviti-aktiviti yang membantu petugas kesihatan untuk memantau kebaikan janin: 

  • Mengukur ketinggian rahim (saiz perut anda)
  • Pemantauan pertambahan berat badan bagi setiap lawatan
  • Pemeriksaan ultra sound bagi menilai tumbesaran dan kedudukan janin.
  • Carta pergerakan janin - anda perlu mengira kekerapan tendangan janin dalam masa 12 jam
  • Denyutan jantung janin anda - dengan menggunakan mesin Doppler membolehkan anda mendengar denyutan jantung janin anda.
  • Cardiotocography (CTG ) - mesin yang digunakan untuk menilai keadaan janin jika dikhuatiri janin tidak membesar dengan baik.

Di mana saya boleh mendapat bantuan?

Di semua klinik kesihatan kerajaan (di kenali sebagai Poliklinik Komuniti, Klinik Kesihatan, Klinik Desa)
Klinik swasta
Hospital swasta

Kenapa TANAMERA?

Kepada mommies di luar sana, yang masih belum mengenal asal usul TANAMERA ini, mari baca tentang produk ini.

Bahan yang diperbuat dari 100 peratus daripada bahan semula jadi. Dari kandungannya hinggalah ke bungkusannya, semua produk adalah mesra alam, menggunakan kertas kitar semula tanpa peluntur yang sekali lagi boleh dikitar semula.

Produknya pula tanpa sebarang pewarna tiruan, pewangi, tiada toksik dan tanpa pengawet.

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan rangkaian produk Tanamera dicipta khas untuk penjagaan selepas bersalin. Ia berasaskan tumbuhan dan menekankan penggunaan herba tropika dan pati minyak.

Nama Tanamera diambil dari perkataan "tanah merah".

KETIKA MENGANDUNG

Kebanyakan wanita berkahwin berasa amat teruja apabila diberitahu doktor mereka hamil dan bakal menimang cahaya mata.

Tidak kiralah jika untuk kesekian kali pun, berita ketibaan ahli baru sesuatu keluarga itu merupakan berita yang menggembirakan para ibu dan bapa.

Selalunya, usaha menjaga anak dalam kandungan itu melebihi usaha menyediakan si ibu untuk proses kelahiran dan penjagaan selepas bersalin.

Produknya berasaskan rawatan tropika Melayu dan Asia, dengan bahan-bahannya dari tanah subur hutan hujan tropika.

Untuk makluman,set lepas bersalin Tanamera boleh didapati di spa terkemuka sekeliling dunia seperti di Jerman, Denmark, Rusia, Jepun, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Orang yang paling penting dalam proses kehamilan dan kelahiran adalah ibu itu sendiri.

Seorang ibu sanggup mengenepikan keperluannya untuk berehat, sembuh dan segar semula selepas kelahiran semata-mata untuk memberi perhatian kepada keperluan cahaya mata barunya.

Tempoh berpantang sebenarnya bermula sebaik selepas kelahiran anak, maka ia tidak harus diambil mudah atau diabaikan.

Bagi ibu-ibu di negara Asia, tempoh berpantang adalah sekurang-kurangnya 30 hari.

Dalam tempoh ini, tubuh seorang ibu mula kembali kepada bentuk asal sebelum hamil. Ini termasuk perubahan dari segi tahap hormon dan saiz uterus.

Pada masa ini, kebanyakan ibu di negara Asia akan menjaga pemakanan mereka dengan bersungguh-sungguh di samping mendapatkan rawatan tradisional untuk membantu pemulihan keadaan fizikal dan mental mereka kepada asal.

Terdapat 10 produk dalam set lepas bersalin Tanamera yang bertujuan membantu pemulihan ibu yang baru bersalin.

MINYAK KELAPA DARA

Produk utama rangkaian penjagaan ini adalah VCO, atau pun minyak kelapa dara (Virgin Coconut oil).

"Adalah disarankan untuk menggunakan VCO ketika mengandung untuk kesan regangan dan juga selepas bersalin untuk memudarkan kesan parut. VCO bersifat antiseptik dan melembabkan. Ia juga membantu menguatkan tisu perantara. VCO elok disapu dua kali sehari selepas mandi.

Kesan terbaik boleh didapati dengan mengurut minyak ke atas kulit yang lembab.

VCO juga dapat diminum sebelum bersalin kerana ia dipercayai dapat memudahkan proses kelahiran.

Tammy berkata mengurut kawasan perineum dengan VCO sebelum bersalin juga dipercayai mempercepatkan pembukaan serviks untuk kelahiran.

KHAZANAH

Produk Tanamera dihasilkan di kilang di Kuala Selangor.

Ia melambangkan gabungan tiga budaya di Malaysia yang menitikberatkan penjagaan selepas bersalin.

Selain penjagaan dalam pantang Melayu tradisional seperti mengurut dan pengambilan herba, ia juga memasukkan elemen penjagaan selepas bersalin ayurvedik India. Mandian herba dan nutrisi Cina pula menyediakan penjagaan diri secara holistik selepas bersalin.

Set selepas bersalin Tanamera antara lain juga mengandungi minyak urut herba, teh herba, air bunga lavender, sabun badan formulasi perang, pes adunan herba, pencuci wanita, skrub badan Boreh, mandian herba dan bengkung.

Produk ini dapat digunakan sekurang-kurangnya 14 hari bermula dari hari kelima selepas kelahiran normal.

Untuk hasil terbaik, produk-produk ini harus digunakan dalam tempoh masa dua tahun. Ia hanya menggunakan herba sebagai bahan pengawet.

"Produk ini diakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Produk selepas bersalin Tanamera boleh didapati online di www.tanamerapostnatal.com.

Masalah Kekurangan Dr Pakar Sakit Puan O & G

Di petik dari artikel Utusan Malaysia Edisi Online


Seperti semua golongan wanita di negara ini, saya cukup gembira dan berbangga dengan kenyataan bahawa kaum wanita Malaysia telah jauh lebih maju daripada kaum lelaki dari segi pencapaian akademik dan juga bilangan tenaga kerja profesional.

Bagaimanapun, rasa bangga saya mulai pudar apabila membaca laporan kajian khas sebuah IPTA tempatan baru-baru ini yang menyebut bahawa Malaysia kekurangan pakar-pakar perbidanan dan sakit puan (O & G) daripada kalangan kaum wanita. Kenyataan ini memang benar sekalipun pahit dan sebagai seorang doktor pakar perbidanan sendiri saya akui masalah ini telah sampai ke peringkat tenat!

Ketika melanjutkan pengajian untuk menguasai bidang O & G, saya dapati terlalu sedikit doktor wanita yang menuntut bersama-sama saya.

Ketika bertugas di beberapa buah hospital, juga saya perhatikan lebih ramai doktor lelaki yang menjadi pakar sakit puan, sedangkan tugas ini adalah tanggungjawab doktor-doktor wanita!

Pada hal di semua IPTA yang mempunyai fakulti perubatan jumlah penuntut wanita jauh melebihi lelaki. Persoalan tentang masalah ini juga kerap kali diajukan oleh para jururawat dan pesakit wanita kepada saya.

Bagaimanakah saya harus menjawabnya?

Ke mana perginya doktor wanita? Di mana sikap dan tanggungjawab anda semua? Apakah menguasai kepakaran ini tidak penting, atau kepada anda yang beragama Islam, bukan satu fardu kifayah?

Tidakkah sebagai wanita, anda bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh kaum sejenis bila hendak bersalin atau mendapatkan rawatan lain-lain masalah sakit puan, atau menjalani pemeriksaan perubatan berkait kes rogol?

Sukar sangatkah bidang sakit puan hingga ramai yang memilih untuk mendapatkan ilmu kepakaran perubatan yang lain? Tidak salah memilih cabang kepakaran yang kita minati, tetapi utamakanlah kepentingan kaum sejenis kita dahulu.

Tiada wanita yang tidak berasa malu untuk membuka pakaiannya untuk membolehkan doktor lelaki memeriksa tempat sulitnya.

Anda semua mengakuinya tetapi bila saat anda yang telah pun bergelar doktor diperlukan, anda tiada. Ramai ibu yang telah menulis kepada akhbar-akhbar memberitahu bahawa sepanjang pengalaman melahirkan anak-anak mereka, hanya sekali atau dua kali sahaja mereka berpeluang dirawat oleh doktor wanita.

Para penuntut jurusan perubatan daripada kalangan wanita yang sedang membaca tulisan saya tidak seharusnya berasa hati. Saya membuat teguran ini kerana masalah yang diutarakan sudah sekian lama berlarutan sedangkan wanita amat 'berkuasa' dalam kerjaya doktor perubatan di Malaysia.

Jangan sampai nanti kita diperlecehkan oleh kaum lelaki kerana tidak mampu untuk membantu kaum sejenis walaupun kita lebih ramai menjadi graduan dan menjawat jawa-tan tinggi berbanding mereka.

Jangan hanya lantang bersuara ingin menjadi pembela wanita tetapi tidak berbuat demikian di saat-saat saudara-saudara kita amat memerlukan.

Ketepikanlah kepentingan diri jika anda benar-benar memahami tanggungjawab sebagai wanita dalam membantu wanita lain, sesuai dengan niat menceburi kerjaya kedoktoran itu sendiri.

Tidak guna kita bermegah-megah bersorak ke sana ke mari bahawa wanita telah setaraf dengan lelaki dalam banyak bidang kerjaya sedangkan pakar sakit puan masih ramai lelaki.

Jika sebelum ini Perdana Menteri ada bertanya ke mana perginya sebilangan lagi lelaki Melayu yang tidak belajar di universiti, saya pula ingin bertanya, ke mana perginya para doktor wanita hingga terlalu sedikit yang menjadi pakar sakit puan? - DOKTOR WANITA, HUKM Kubang Kerian, Kelantan.

Friday, 9 May 2014

AVENT Natural Series


Assalamualaikum semua.

Dah tengok ke entry set Tanamera ini?
Review tu bacalah, then decide yang mana ok dengan diri kita.

Sebab, lain orang, lain pendapatnya J
Ibu2 yang tengah mencari botol susu, meh jenguk sini Botol Susu Avent.
Pernah try? Kalau belum saya jemput anda untuk cuba. Best tau!!

Kelebihan botol Avent:
  • Design yang dipatenkan untuk mengelakkan ‘colic’ (kembung perut) kerana apabila bayi menghisap susu, angin itu akan divert terus kepada botol, bukan ke perut bayi. Best kan sebab anak tak meragam lagi sebab kembung perut minum susu. Kita tinggalkan kat taska pun tak risau akan kejadian ini. 
  • BPA Free
  • Kualiti terjamin
  • Material botol tebal, tak nipis so tahan lama lah. 
  • Memang menjadi pilihan ibu2 termasuk saya! 




Ada promosi nih untuk Avent Natural Stater Set RM160. MURAH berbanding kedai2.

Whatsapp : 019-6659596
Emel : babysmile2u@gmail.com