Monday 26 May 2014

Masalah Penyusuan Bayi (PART 2)

Ramai kot dah bosan dengan topik ni. Tapi sebenarnya ramai tak tahu juga. Kepada bakal-bakal ibu, silalah belajar ilmu penyusuan secara mendalam. Hanya anda je yang faham badan anda. Study, then manfaatkan mengikut kesesuaian anda. Ingat, NO ACTION, NO RESULT ye!

NAK KENA BUAT APA NI..BLUR..

Ok, first and foremost, anda kena kerappkan direct feeding bayi anda. Kena ingat konsep mudah, more demand, more supply. Sebab tu lah masa bayi dilahirkan, nurse akan ‘paksa’ kita menyusukan bayi satu jam selepas kelahiran kan. Ini untuk mencetuskan hormone dan air susu kita. Jangan risau, beberapa hari pertama bersalin memang lah susu sikit. Tapi anda kena ingat saiz perut bayi tu sangatlah kecil. So, Allah da bagi cukup ikut keperluan bayi. Adil kan?. Percayalah, anda akan rasa bonding dengan bayi lebih kuat. Bayi tiada time table tau untuk menyusu. Bagi je semahu mahunya. Memang perlukan kesabaran yang amat tinggi!


TAPI SAYA KERJA, MACAM MANA?

No No No. Tiada alasan lagi. Spend duit sikit untuk beli pam susu yang berkualiti. Jangan sibuk shopping baju, handbag je. Baju anda tu tak luak pun. Spend masa, cari dan survey. Ada sesetengah kedai; contohnya ‘Fabulous Mom’ yang mana kita boleh try dulu pam tu dengan bayaran RM10. Ok, Dah beli pam, kena ada aksesori contohnya cooler bag, ice pack, botol2 simpan susu. ETC. Cari! Cari!

Di ofis, kena pam selang 3 jam. Saya bagi contoh, pukul 8, 11, 2ptg dan 5 ptg. After ambil baby di rumah bs/taska, terus direct feed (df) bayi anda. Susu yang diperah di ofis, simpan dalam peti untuk bekalan bayi pada besoknya. Kalau anda ada banyak stok, boleh lah freeze dulu.



LETIH LA. MALAS. SIBUK PULAK TU

Ramai ibu-ibu yang dah berjaya susukan anak mereka walaupun sesibuk mana. Seorang juru terbang wanita TUDM pun BERJAYA pam susu dan eksklusif bf anak beliau. Tak malukah kita? Lagipun, cuba bayangkan berapa banyak wang yang boleh dijimatkan denga menyusu anak. Khasiat susu ibu jauh lebih baik berbanding susu formula. Tiada susu, standing susu ibu. Anda kena bersabar. Di mana datang hasil kalau tiada usaha? Cuba susun balik jadual harian. Banyakkan berdoa. InsyaAllah, ada jalannya.


KENAPA ORANG LAIN SUSU BANYAK? SAYA SIKIT?

JANGAN sesekali compare apa yang orang lain dapat!!!!! Setiap orang ada rezeki masing-masing. Kena yakin, susu anda cukup untuk bayi. Kenapa pulak mesti compare? Kalau macam itu, tak adil lah kan.



DOA, USAHA & TAWAKKAL.







DAPATKAN SET VITAMIN MENGIKUT KEPERLUAN & BAJET

019-6659596

0 comments: