Tuesday 13 May 2014

Kenapa TANAMERA?

Kepada mommies di luar sana, yang masih belum mengenal asal usul TANAMERA ini, mari baca tentang produk ini.


Bahan yang diperbuat dari 100 peratus daripada bahan semula jadi. Dari kandungannya hinggalah ke bungkusannya, semua produk adalah mesra alam, menggunakan kertas kitar semula tanpa peluntur yang sekali lagi boleh dikitar semula.

Produknya pula tanpa sebarang pewarna tiruan, pewangi, tiada toksik dan tanpa pengawet.

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan rangkaian produk Tanamera dicipta khas untuk penjagaan selepas bersalin. Ia berasaskan tumbuhan dan menekankan penggunaan herba tropika dan pati minyak.

Nama Tanamera diambil dari perkataan "tanah merah".

KETIKA MENGANDUNG

Kebanyakan wanita berkahwin berasa amat teruja apabila diberitahu doktor mereka hamil dan bakal menimang cahaya mata.

Tidak kiralah jika untuk kesekian kali pun, berita ketibaan ahli baru sesuatu keluarga itu merupakan berita yang menggembirakan para ibu dan bapa.

Selalunya, usaha menjaga anak dalam kandungan itu melebihi usaha menyediakan si ibu untuk proses kelahiran dan penjagaan selepas bersalin.

Produknya berasaskan rawatan tropika Melayu dan Asia, dengan bahan-bahannya dari tanah subur hutan hujan tropika.

Untuk makluman,set lepas bersalin Tanamera boleh didapati di spa terkemuka sekeliling dunia seperti di Jerman, Denmark, Rusia, Jepun, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Orang yang paling penting dalam proses kehamilan dan kelahiran adalah ibu itu sendiri.

Seorang ibu sanggup mengenepikan keperluannya untuk berehat, sembuh dan segar semula selepas kelahiran semata-mata untuk memberi perhatian kepada keperluan cahaya mata barunya.

Tempoh berpantang sebenarnya bermula sebaik selepas kelahiran anak, maka ia tidak harus diambil mudah atau diabaikan.

Bagi ibu-ibu di negara Asia, tempoh berpantang adalah sekurang-kurangnya 30 hari.

Dalam tempoh ini, tubuh seorang ibu mula kembali kepada bentuk asal sebelum hamil. Ini termasuk perubahan dari segi tahap hormon dan saiz uterus.

Pada masa ini, kebanyakan ibu di negara Asia akan menjaga pemakanan mereka dengan bersungguh-sungguh di samping mendapatkan rawatan tradisional untuk membantu pemulihan keadaan fizikal dan mental mereka kepada asal.

Terdapat 10 produk dalam set lepas bersalin Tanamera yang bertujuan membantu pemulihan ibu yang baru bersalin.

MINYAK KELAPA DARA

Produk utama rangkaian penjagaan ini adalah VCO, atau pun minyak kelapa dara (Virgin Coconut oil).

"Adalah disarankan untuk menggunakan VCO ketika mengandung untuk kesan regangan dan juga selepas bersalin untuk memudarkan kesan parut. VCO bersifat antiseptik dan melembabkan. Ia juga membantu menguatkan tisu perantara. VCO elok disapu dua kali sehari selepas mandi.

Kesan terbaik boleh didapati dengan mengurut minyak ke atas kulit yang lembab.

VCO juga dapat diminum sebelum bersalin kerana ia dipercayai dapat memudahkan proses kelahiran.

Tammy berkata mengurut kawasan perineum dengan VCO sebelum bersalin juga dipercayai mempercepatkan pembukaan serviks untuk kelahiran.

KHAZANAH

Produk Tanamera dihasilkan di kilang di Kuala Selangor.

Ia melambangkan gabungan tiga budaya di Malaysia yang menitikberatkan penjagaan selepas bersalin.

Selain penjagaan dalam pantang Melayu tradisional seperti mengurut dan pengambilan herba, ia juga memasukkan elemen penjagaan selepas bersalin ayurvedik India. Mandian herba dan nutrisi Cina pula menyediakan penjagaan diri secara holistik selepas bersalin.

Set selepas bersalin Tanamera antara lain juga mengandungi minyak urut herba, teh herba, air bunga lavender, sabun badan formulasi perang, pes adunan herba, pencuci wanita, skrub badan Boreh, mandian herba dan bengkung.

Produk ini dapat digunakan sekurang-kurangnya 14 hari bermula dari hari kelima selepas kelahiran normal.

Untuk hasil terbaik, produk-produk ini harus digunakan dalam tempoh masa dua tahun. Ia hanya menggunakan herba sebagai bahan pengawet.

"Produk ini diakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Produk selepas bersalin Tanamera boleh didapati online di www.tanamerapostnatal.com.

0 comments: