Friday 9 May 2014

Cerita Buku Merah di KKIA


Assalamualaikum semua.


Amacam harini sihat ke? Kalau dah baca entry2 saya sebelum ni mesti ada terfikir2 jugak kesan pengambilan vitamin untuk jangka masa panjang kan.

Tapi harini tak nak cerita pasal vitamin sebab nak share kisah di klinik kesihatan tadi (KKIA). Harini pergi checkup untuk minggu yang ke-16.

Erm…bulan lepas tak pegi. Hehe.. sebab malas nk pegi sebab ramai sgt. Bukan apa, company yang tempat kerja sekarang tak iktiraf ‘time-slip’, kalau nak g klinik kena mohon cuti. Balance cuti saya ada lagi 8 hari. WHattt??? 8 hari mana cukup…nak raya lagi.. aduyai..

Of coz, kalau dah pergi klinik tu mestilah nurse marah sebab lama tak datang. Then saya pun dengan tenangnya explain lah kat dia sebab apa semua. Saya beritahu dia bulan lepas saya buat checkup di klinik swasta pada weekend. Tapi saya dah rekodkan dalam buku merah tu. Ok, di sini baru saya tahu kenapa & mengapa, sebab musabab kena ikut betul2 date dalam buku tu. (padahal anak da ada sorang kot).

Macam ni kisahnya, saya cerita kat nurse tu, saya datang buka buku dulu sebab takut kena marah nanti bila time nak bersalin pegi hospital gomen, diaorang akan marah sebab tak ada buku merah. Tapi, actually tanggapan kita (as patient) yang salah. Sebenarnya, nurse tu kata tak kisah kita nak checkup kat KKIA atau di hospital/klinik swasta, ASALKAN buku rekod kita lengkap. Nanti bila time nak bersalin, sila bawa rekod lengkap yang doctor tulis dalam buku, JANGAN bawak appointment card pulak. Tu yang dorg marah tu sebab dalam kad tu manalah ada info apa2 atau rawatan yang kita pernah ambil. Sebabnya, if kita suka2 buka buku merah di KKIA, then lepas tu tak datang2 dah, KKIA akan menanggung risiko di mana sekiranya ada berlaku apa-apa terhadap ibu/kandungan, mereka yang akan dipertanggungjawabkan, walaupun atas salah pesakit itu sendiri yang tidak mahu datang checkup di KKIA. Nanti, KKIA akan terpaksa menjawab dengan Audit Dalam & Luar, kenapa pesakit itu tidak hadir untuk temujanji, dan kenapa KKIA lambat untuk bertindak dari segi follow-up.

Oleh sebab saya memilih untuk pergi checkup di swasta selepas ini, saya telah menandatangani akuan untuk berhenti checkup di KKIA. Jangan salah faham semua, kalau kampeni saya bg time slip memang saya nak pergi KKIA. Tapi nak buat macam mana saya kena reserved cuti untuk hal2 yang lebih penting, emergency ke apa.


Tapi tetap bersemangat dengan pengambilan Set Hamil Shaklee. Terbaik!


Whatsapp saya untuk maklumat lanjut : 019-6659596

Email : babysmile2u@gmail.com



Shaklee ID : 1140866

0 comments: