Friday 30 May 2014

Wordless Friday


Salam. Eh ada ke wordless Friday. Friday lah sangat kan.

Apapun. Rasa best bila sampai hari Jumaat. Sebab esok cuti.

Dan Jumaat lah ada banyak kelebihan. Hari penghulu segala hari. Saya masih mencuba untuk banyakkan zikir, selawat dan sedekah. Doakan saya.


Harini banyak keluar cerita di akhbar tentang penderaan bayi & kanak-kanak. Tapi tak nak lah cerita lebih takut menangis sebab rasa sayu sangat.

Mudah-mudahan si pesalah bertaubat, dan roh anak-anak sedang gembira di Syurga. Kegembiraan mutlak di sana.


Ok, bercerita pasal Jumaat ni rasa nak tulis panjang-panjang walaupun tajuk post ialah Wordless Friday. Tapi tak tahu nak tulis apa.


Nak bagitahu juga, tengah nak buat keputusan yang boleh dikatakan penting dalam hidup. Semoga Allah memberi petunjuk.



Thursday 29 May 2014

Macam Mana Nak Guna VCO Tanamera?



Assalamualaikum. Semua sihat ke? Saya doakan rakan-rakan semua berada dalam keadaan yang baik. 


Ini lah dia asal usul VCO




Sejak kebelakangan ni, bertalu-talu whatsapp yang diterima tentang VCO Tanamera ni. Yelah, barang hot kan. Ramai tak faham penggunaan VCO ni. Di sini saya nak terangkan satu-satu mengikut apa yang saya belajar, dan pengalaman orang lain. 


VCO Tanamera


Ok, VCO ni sebenarnya Minyak Kelapa dara. Dihasilakan daripada pohon seribu guna, makan banyaklah kegunaannya. Buat info semua, VCO Tanamera ni boleh diminum dan disapu ye.

Ramai yang bagi testimony kata VCO Tanamera sedap dan kurang berbau ‘kelapa’. Mungkin juga. Sebab tulah VCO Tanamera PALING HOT dan terlajak laris. Hehe.


CARA-CARA PENGGUNAAN VCO TANAMERA :



Untuk kegunaan am (kesihatan):

  • Ambil satu sudu besar setiap hari selepas makan. Sebaiknya after breakfast atau dinner. Nak ambil dua kali sehari pun boleh. Suka hati anda. 


Tambahan untuk ibu mengandung:

  • Sejak awal kehamilan lagi, minum VCO satu sudu besar after breakfast. 
  • Sapukan VCO di perut untuk elakkan strech mark ye mommies. Mula awal, cegah lebih baik drpd mengubati. 
  • Bila masuk minggu-minggu terakhir mengandung, ambillah dua sudu besar sehari. Terpulang nak ambil lepas breakfast sekaligus atau bahagikan dua. 
  • Bila masuk minggu 36, gunakan VCO Tanamera untuk membuat urutan ‘perinium’. Ni kena google sendiri ye sebab sulit untuk diterangkan.
  • Bila tengah sakit2 nak bersalin, minumlah sebanyak yang anda boleh. Kalau sempat dan teringat, minta suami/nurse sapukan VCO di perineum masa di wad bersalin tu. 

Tambahan untuk ibu berpantang:

  • Ambil satu sudu/dua sudu seperti sewaktu berpantang. Yela kalau tak nanti sembelit tau. Jadi buasir lagi la teruk. So kena cegah!
  • Digalakkan untuk sapu di perut untuk merawat stretch mark. 
  • Teruskan pengambilan VCO Tanamera untuk kebaikan menyusu.
  • Boleh disapukan di nipple untuk ubati nipple crack 


Nota kecantikan:

  • Sapukan VCO di kulit wajah sebelum tidur. Urut sehingga meresap. Bangun pagi esok, mesti anda akan gembira kerana kulit gebu. 
  • Boleh buat 'Hot Oil' treatment rambut guna vco tau. Senang je, sapukan VCO dekat rambut, bungkus dengan tuala panas selama 15 minit. Dan basuh rambut dengan shampoo. Tadaaa!!! Lagi murah daripada pergi salon mahal2. 

ERRKKK!! JAP! Ada orang tak tahan nak minum VCO macam tu jek. Saya cadangkan macam ni; masa korang minum vco tu, telan terus dengan air sekaligus tau. TAPI...TAPI,, jangan la pergi campur vco dalam gelas yang ada air..nanti cane tu nak habiskan segelas air? hik3.. konsepnya macam telan ubat lah. kite telan ubat tu guna air cepat2 kan? 

Semua dah jelas? Kalau ada apa-apa pertanyaan jangan malu, jangan segan untuk tanya saya.

Harga : RM41 exc pos

Whatsapp/sms : 019-6659596
Email : babysmile2u@gmail.com



InsyaAllah. Kita berusaha. Selainnya serahkan kepada Allah.

USAHA –DOA-TAWAKKAL-




Klebang Coconut Shake
sumber : tripadvisor

***ish…tulis pasal kelapa ni..teringat minuman kegemaran saya.. COCONUT SHAKE!!

Wednesday 28 May 2014

Info Tentang Kolestrol & Lechitin


Oh. Nak sambung sikit pasal kolestrol yang in my previous entry tu.

Semua dah pernah buat medical check up tak? Macam mana ok ke hasilnya? Kalau ok, maka syukur sangat2. Tapi, kena beringat. Jangat hari-hari nak ‘balun’ high cholesterol food aje. 


Sumber : The Star

Pernah dengar kan Omega 3 boleh merendahkan kolestrol? Tapi tak dinafikan harganya memang mahal sikit. Yelah, minyak ikan. Mana mungkin murah ye dok? Saya ada cadangan untuk mereka yg tgh 'bajet',


Makanan yang membantu merendahkan paras kolestrol


Bagi customer saya yang mahukan tahap kolestrol turun, tapi tak suka makan oat (saya pun tak suka sbb lembik2 gitu..hehe). Saya cadangkan Lechitin Shaklee.

Sebenarnya, ini terhasil daripada soya (secara amnya). Means sesuai la untuk vege. Selalu kita jumpa ini sebagai pengemulsi makanan.

FUNGSI LECHITIN
  • Pengemulsi semulajadi
  • Ia melekat pada lemak, jadi lemak tidak akan melekat pada saluran darah. 
  • Menghalang batu karang sebab 90% penyakit ini adalah berpunca daripada kolestrol 
  • Menguatkan system imun sebab ia menghalang platelet dari mengaktifkan tisu gegelung dalam darah
  • Membantu penyerapan vitamin larut lemak ; ADEK

SIAPA BOLEH AMBIL
  • Mereka yang nak kurus
  • Pesakit darah tinggi, dan tinggi kolestrol
  • Pesakit yang kerap allergy
  • Pesakit insomnia


Cara kolestrol terbentuk



TAPI, TAPI, TAPI…Ini vitamin tau. Bukan ubat. Vitamin berfungsi sebagai mencengah dan mempercepatkan proses mengembalikan kesihatan badan.

Ramai yang dah cuba, dan mereka puas hati. Kalau google, seribu satu testimony dan cerita gembira mereka.

JANGAN tunggu dah terhantuk baru nak mengadah ye. Sesungguhnya mencegah lebih baik dari merawat.

InsyaAllah. Dapat bantu anda.

Bina kawan baru. Tambah ilmu. Lebih sihat.
019-6659596

Monday 26 May 2014

Masalah Penyusuan Bayi (PART 2)

Ramai kot dah bosan dengan topik ni. Tapi sebenarnya ramai tak tahu juga. Kepada bakal-bakal ibu, silalah belajar ilmu penyusuan secara mendalam. Hanya anda je yang faham badan anda. Study, then manfaatkan mengikut kesesuaian anda. Ingat, NO ACTION, NO RESULT ye!

NAK KENA BUAT APA NI..BLUR..

Ok, first and foremost, anda kena kerappkan direct feeding bayi anda. Kena ingat konsep mudah, more demand, more supply. Sebab tu lah masa bayi dilahirkan, nurse akan ‘paksa’ kita menyusukan bayi satu jam selepas kelahiran kan. Ini untuk mencetuskan hormone dan air susu kita. Jangan risau, beberapa hari pertama bersalin memang lah susu sikit. Tapi anda kena ingat saiz perut bayi tu sangatlah kecil. So, Allah da bagi cukup ikut keperluan bayi. Adil kan?. Percayalah, anda akan rasa bonding dengan bayi lebih kuat. Bayi tiada time table tau untuk menyusu. Bagi je semahu mahunya. Memang perlukan kesabaran yang amat tinggi!


TAPI SAYA KERJA, MACAM MANA?

No No No. Tiada alasan lagi. Spend duit sikit untuk beli pam susu yang berkualiti. Jangan sibuk shopping baju, handbag je. Baju anda tu tak luak pun. Spend masa, cari dan survey. Ada sesetengah kedai; contohnya ‘Fabulous Mom’ yang mana kita boleh try dulu pam tu dengan bayaran RM10. Ok, Dah beli pam, kena ada aksesori contohnya cooler bag, ice pack, botol2 simpan susu. ETC. Cari! Cari!

Di ofis, kena pam selang 3 jam. Saya bagi contoh, pukul 8, 11, 2ptg dan 5 ptg. After ambil baby di rumah bs/taska, terus direct feed (df) bayi anda. Susu yang diperah di ofis, simpan dalam peti untuk bekalan bayi pada besoknya. Kalau anda ada banyak stok, boleh lah freeze dulu.



LETIH LA. MALAS. SIBUK PULAK TU

Ramai ibu-ibu yang dah berjaya susukan anak mereka walaupun sesibuk mana. Seorang juru terbang wanita TUDM pun BERJAYA pam susu dan eksklusif bf anak beliau. Tak malukah kita? Lagipun, cuba bayangkan berapa banyak wang yang boleh dijimatkan denga menyusu anak. Khasiat susu ibu jauh lebih baik berbanding susu formula. Tiada susu, standing susu ibu. Anda kena bersabar. Di mana datang hasil kalau tiada usaha? Cuba susun balik jadual harian. Banyakkan berdoa. InsyaAllah, ada jalannya.


KENAPA ORANG LAIN SUSU BANYAK? SAYA SIKIT?

JANGAN sesekali compare apa yang orang lain dapat!!!!! Setiap orang ada rezeki masing-masing. Kena yakin, susu anda cukup untuk bayi. Kenapa pulak mesti compare? Kalau macam itu, tak adil lah kan.



DOA, USAHA & TAWAKKAL.







DAPATKAN SET VITAMIN MENGIKUT KEPERLUAN & BAJET

019-6659596

Thursday 22 May 2014

TIPS KECANTIKAN KULIT



Salam semua.. Kulit Cantik datangnya dari dalam dan luar. Ok, kita semua ada yang sanggup spend berates-ratus membeli produk penjagaan luar, contohnya set kecantikan muka, make up, etc. Tapi semua itu bersifat temporary sahaja. Setiap kali nak cantik, setiap kali lah kena sapu & tempek. Sebelum sapu apa-apa2, saya cadangkan dalam pada masa sama, fokuslah kepada penjagaan dalaman. Nak kulit cantik perlukan kesabaran.

TIPS KULIT CANTIK





Tidur yang mencukupi. Sebab apa? Bila dapat tidur yang cukup, badan tak stress. Ingat tak dulu Zaman nak siapkan assignment, tidur pun entah ke mana. Mesti kita bangun dengan eye bag, wajah pucat, kelam (bahasa utara) dan tiba-tiba jerawat tumbuh bak cendawan. Kenapa nak sayang sangat tidur? Just enjoy your sleep. Tidur secukupnya , tapi jangan terlebih pulak ye.!





Air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Eh jangan campur tau dengan air kopi, teh. TAK MASUK.

Ni air biasa je. Sebab? Badan perlukan air untuk membuang toxic dan sisa kumuhan badan. Kalau air manis, jadi satu kerja pulak dekat badan nak proses keseimbangan gula dalam badan kan. Air ni kira ‘free-detox’ lah. Sangat membantu tau. Lagipun dulu kita belajar Sains masa sekolah menengah, air akan buat proses osmosis. Ia akan pergi ke tempat yang kering untuk seimbangkan water ration. Bila sel-sel kulit kita kering, haaaa apa lagi, nampak kusam dan tak segar! Bila air cukup di dalam sel-sel kulit, ia akan bagi jadi sel tu ‘plump’. Harap faham lah teori sains ni. Hehehe..





Pemakanan sempurna. Ini ramai yang kata alah, senang aje. Kau pergi makan banyak sayur dan buah. Jeng jeng jeng! Ramai tak tahu berapa banyak vitamin C yang hilang start kita basuh, potong dan masak buah/sayur tersebut. Lepas tu, bukan semua suka sayur. Tapi boleh ke kita nak ikut saranan KKM yang menyarankan ambil 5-6 sajian sayur & buah SETIAP HARI?? Tapi cuba anda track balik apa yang anda makan harini, atau semalam. Ada tak? Homemade atau beli? Tepuk dada tanya selera.



Ini, hanya anda yang tentukan. Jangan bising bila wajah kita TUA sebelum USIA. Kalau jalan dengan anak, nanti orang tegur, ‘eh ni adik ke?’..Haaa tak ke senang hati macam tu?



Nak bantuan supplement? Saya cadangkan SET KECANTIKAN SHAKLEE yang terdiri daripada

Vitamin B , C , E & ESP Shaklee


Anda boleh beli dengan saya guna harga ahli..FREE CONSULTATION!

019-6659596
Email : babysmile2u@gmail.com

Wednesday 21 May 2014

Masalah Dalam Penyusuan Bayi

Hai Ibu-ibu..

Ketika mengandung ni jangan asyik fokus nak beli barang baby apa. Faham, teruja nak sambut baby baru memang begitu. Tapi, sebenarnya ramai yang TERSILAP dan TAK FOKUS kepada persiapan untuk menyusukan bayi!! Betul. Saya nak share pengalaman sendiri dan ibu2 yang telah mengalaminya.
Saya tahu, semua sibuk fikir nak beli baju berapa pasang, stroller, katil dan walhal, benda-benda yang tak perlu. Wahai bakal-bakal ibu, please…please…please cari gali ILMU PENYUSUAN. Benda ni bukan mudah, terutamanya mereka yang pertama kali bergelar ibu. 


Nampak mudah?


Akibat tidak tahu ilmu penyusuan, kita akan mengalami situasi begini;

  • Susu tak keluar!!
  • Kenapa susu sikit je ni?
  • Bayi asyik menangis lapar nak susu lah tu
  • Bayi asyik ‘bergayut’!!
  • Nak kena bagi air masak ke dekat bayi?
  • Berapa lama bayi hisap susu? 
  • Masalah ‘Tounge Tie’
  • Lepas tu berapa jam pulak nak kena bagi?
  • Cara simpan stok susu semasa berpantang
  • Tandem nursing
  • Cara simpan susu perahan 
  • Cara nak bawak susu perahan ke rumah pengasuh/taska
  • Pemakanan semasa menyusu


Actually banyak lagi tau ilmu kena korek2. Jangan bila lepas bersalin, rasa tension sebab banyak sangat masalah menyusu anak, dan membuatkan ibu-ibu mengambil jalan mudah untuk terus bertukar ke susu formula.

Set niat anda dari sekarang, nak susukan anak sehingga dua tahun, seperti saranan dalam Al-Quran.



Pahala banyak. Maka kumpullah dari sekarang. Yang untuk ibu yang gagal semasa anak pertama, kenapa berputus asa? Boleh cuba lagi.

Banyak lagi nak share pasal penyusuan bayi, akan diterangkan dalam entry2 selepas ini.




Set Menyusu Shaklee : Alfalfa & ESP.
InsyaAllah membantu penyusuan anda.



Whatsapp/sms : 019-6659596

Email : babysmile2u@gmail.com



Monday 19 May 2014

Pening Nak Masak Apa Untuk Anak Umur Setahun


Salam semua.. Ibu2 bekerjaya dan suri rumah yang dihormati sekalian, mesti dah buntu nak bagi anak anda makan apa kan today.

Bukak peti, pastu berdiri lama-lama depan peti. Haaa jangan tipu la..

Asyik2 bubur nasik aje, kita yang masak ni pun dah muak, anak yang makan pun bukankah muak jugak? Hehe..


Saya baru terfikir idea ni based on kebetulan ni je bahan yang ada kat dapur. Si kecil tu pulak da pandai pilih2 makanan nampaknya. Nampaknya mama kena lebih kreatif la untuk memastikan dia dapat makan Home Cook meal setiap hari. Ye, memang masak setiap hari. Sebab kita tahu apa yang anak kita makan, nilai nutrisi dan apa kegemarannya. Selain itu, boleh tambah pahala apa. Sambil2 masak, doa lah supaya anak kita membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh dan berakhlak mulia. Lain tau bila masak untuk anak ni, biar lah simple mimple (eh ada ke words ni) pun, air tangan ibu kan lebih elok.


Ni nak share resepi ‘Mashed Potato with Spinach’

Bahan-bahan:

- Sebiji kentang
- Keju slice
- Bayam
- Seulas bawang putih
- Ikan bilis sikit
- Olive oil satu sudu kecil


Cara-cara :

- Kupas kulit kentang, potong kiub kecik2 dan rebus sehingga lembut
- Sementara itu, tumis bawang putih & ikan bilis, dan masukkan bayam hingga masak.
- Then, cincang bayam kecik2
- BIla kentang dah lembut, mashed lah guna garfu (atau apa2), dan gaulkan keju (koyak kecik2 ye) dan bayam
- Masukkan secubit garam dan black pepper


Dah. SEDAP untuk baby. Mama pun join sekali.

BERKHASIAT DAN HOMEMADE.

PASTIKAN anak anda dah lulus ‘4 days rules sebelum mencuba resepi ini untuk elakkan allergic.


Kena rajin ye mommies semua. Anak membesar sekali je. Tak boleh reverse balik. Hargai moment anda bersama yang tersayang.


Kalau mommies semua rasa tak bertenaga, mari cuba Set Asas Shaklee. InsyaAllah anda lebih bertenaga dan yakin untuk uruskan rumah tangga.


Whatsapp/sms : 019-6659596
Email : babysmile2u@gmail.com

Saturday 17 May 2014

Testimoni Tanamera

Bakal2 ibu dan ibu2 semua!

Mari baca review Set Bersalin Tanamera yang telah terbukti disukai ramai!

Kenapa? 

  • RAMUAN 'MILD'
  • TANPA JAMU2 'PANAS'
  • BF FRIENDLY
  • SENANG DIPAKAI
  • HALAL DAN SELAMAT






Hubungi saya untuk maklumat lanjut, nak tanya apa2 pun boleh.
Silalah pentingkan kesihatan & kecantikan luar dan dalam. Sebab, masa yg lalu tak boleh diundur kembali.



Whatsapp : 019-6659596
Email : babysmile2u@gmai.com

COD : Ukay Perdana / Ampang / Wangsa Maju / Setiawangsa / BB Bangi


Sebab Badan Perlukan Supplement

Salam Semua..

Alhamdulillah zaman sekarang ni sudah ramai yang faham tentang kepentingan nutrisi dan pemakanan yang lengkap buat tubuh badan kita. Tq to my customers yang meyakini Shaklee sebagai supplement terbaik! 

Ok nak bagitahu kenapa badan perlukan supplement : 
  • Pemakanan seharian kita tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan
  • Zat makanan & vitamin MUDAH hilang akibat proses penyediaan, penyimpanan dan lain. Contohnya bila kita goreng ikan, sebahagian protein telah rosak tahu tak..
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di tanah yang kurang subur, mengandungi peracun serangga. Ini semua mempengaruhi kualiti produk tanaman.Nak beli yang organik? Mahal.
  • Gaya hidup masa kini yang sibuk, mengakibatkan asyik memilih makanan segera yang sememangnya tidak berkhasiat langsung, selain mempunyai bahan kimia yang tinggi. 


Dan juga, kenapa saya memilih Shaklee? 

  • Berasaskan sumber semula jadi yang TULEN dan bebas daripada pewarna tiruan, pemanis, pewarna dan perisa. 
  • Setiap bahan diuji di makmal untuk memastikan bebas daripada bahan kimia. 
  • Setiap ramuan botanikal turut dikaji oleh pihak ketiga
  • HALAL oleh ISA - Islamic Services of America, sebuah badan pengiktirafan disahkan oleh JAKIM.
  • Mematuhi GMP - Good Manufacturing Process. Pemantauan ketat untuk memastikan kualiti produk terjamin. 


Produk-produk Shaklee yang telah membantu tahap kesihatan orang ramai.












Dapatkan consultation daripada saya secara percuma!

Whatsapp : 019-6659596
Email : babysmile2u@gmail.com
Shaklee ID : 1140866











We Can Do IT

Be strong and don't give up. Selamat breastfeeding kepada simanja anda




Perbezaan Set Berpantang Shaklee VS Set Bersalin Tanamera

Ape beza kedua-duanya??

Bak kata P.Ramlee nampak macam sama tapi tidak serupa. Disini ingin dijelaskan set berpantang Shaklee lebih untuk memulihkan tenaga dalaman wanita selepas selamat melahirkan anak.Maksudnya, mengembalikan kekuatan badan melalui nutrisi yang lengkap. badan kita memerlukan nutrient cukup untuk pulih dari segala trauma, kecederaan, hilang banyak darah akibat proses bersalin, dan nak menyusukan anak lagi!! Anak kita pun dapat nutrient dari air susu ibu. 

Manakala set bersalin Tanamera untuk penjagaan ala-ala spa untuk mengembalikan kekuatan badan, dan ketenangan secara alami/semula jadi. Satu set lengkap Tanamera contohnya mempunyai scrub badan, di mana sambil2 kita sental badan, secara tak langsung dapat melancarkan peredaran darah dan...kulit makin berseri jugak. Herbal Tea contohnya, untuk menyegarkan badan, dan melancarkan susu badan. 

Banyak sangat kelebihan kedua-dua set berpantang ini. Saya menggunakan kedua-duanya. dan tak boleh la tinggal salah satu. 

Anda boleh baca tentang kedua-duanya di dalam blog ini. Terlalu banyak diceritakan. Tanya kawan2, pasti mereka akan mengesorkan salah satu antara kedua-dua ini. 

Hubungi saya untuk mendapatkan consultation percuma, dan harga member. 


Whatsapp : 019-6659596
Email : babysmile2u@blogspot.com

Set hamil & Set Berpantang Shaklee

Selain daripada Set Bersalin TANAMERA, kami juga turut menjual set barangan Shaklee khusus untuk bakal-bakal ibu yang tengah hamil dan juga yang untuk wanita selepas bersalin. Hubungi 019-6659596 untuk info lanjut
Di awal kehamilan sehingga bersalin

Selepas melahirkan anak + menambahkan susu badan

Friday 16 May 2014

Sihat Dengan VitaLea Shaklee

Dah cuba Vita Lea? Marilah sama-sama menjaga kesihatan badan. Sebab, kesihatan tak boleh dibeli. Bila dah sakit,baru teringat masa sihat.

Apapun, tangungjawab kita untuk CUBA jaga kesihatan. Yelah, badan kita, tanggungjawab kita. Hehe.. macam kenal je skrip nih.


Nak share kepada semua, kenapa perlu yakin dengan Vita Lea.



Vitamin ni tak mahal. Malah, lebih berbaloi daripada yang terdapat di pasaran luar. Berani tak ambil sesuatu produk yang di mana kita tak tahu keupayaan makmal syarikat tersebut?

Yakini Shaklee. Vitamin semula jadi. Bukan sintetik.

Dapatkan harga ahli apabila anda membeli daripada saya.

Thursday 15 May 2014

ESP Shaklee dan Berpuasa

Hi Semua !!

U olls harini siapa puasa sunat angkat tangan! Alhamdulillah. Teruskan usaha dan semangat anda.

InsyaAllah, dengan izinNya, anda Berjaya rebut pahala yang datang setahun sekali. Tahun depan confirm ke hidup lagi?

ESP. Haah. Energizing Soy Protein yang terdapat dalam Set Hamil. Eh.. tapi semua orang pun sesuai ambil. Sebab ianya multi-purpose katakan.

Setibanya bulan puasa ini, mari cuba ESP. Sebab kandungan proteinnya sangat baik untuk badan. Dan yang penting, anda akan bertenaga, dan LAMBAT LAPAR! . Kadang2, rasa kenyang je sepanjang berpuasa (testimony diri sendiri).


Kebaikan ESP :

  • Rendah lemak, dan tanpa kolestrol
  • Mengandungi isoflavone yang bertindak mengurangkan risiko kanser, sebagai antioksidan, memelihara system imun tubuh
  • Menggalakkan pembentukan sel2 baru
  • Untuk ibu menyusu, member tenaga dan menambah kuantiti susu badan (tp kena kerap pam ok..)
  • 9 asid amino yang badan kita tak dapat hasilkan
  • Dilengkapi juga dengan kalsium untuk tulang
  • Memberi rasa kekenyangan bagi mereka yang ingin kurangkan berat badan (ada tips di sini)


Aduh. Banyaknya kelebihan. Kena cuba dulu baru boleh tahu.

Rasanya sedap, dapatkan tips resepi minuman ESP apabila membeli dengan saya. =)

Whatsapp   : 019-6659596
Email         : babysmile2u@gmail.com
Shaklee ID  : 1140866



KEJAP! Mari visit my ig - babysmile2u 

Tuesday 13 May 2014

Penjagaan Sebelum Bersalin

Apakah itu penjagaan pranatal?

Ia adalah pemeriksaan kesihatan yang berkala apabila anda disahkan mengandung.

Salah satu tujuan adalah untuk memastikan hubungan baik antara anda dan kakitangan kesihatan.

Kedua-dua keperluan perubatan dan psikologi anda akan ditangani.

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas yang terlatih di semua klinik-klinik kesihatan kerajaan.

Apa itu lawatan tempah?

Lawatan tempah adalah lawatan pertama anda ke klinik penjagaan pranatal.

Ini adalah lawatan mustahak untuk mengenal pasti dan menguruskan sebarang komplikasi kesihatan ( jika ada ) dan melakukan saringan faktor-faktor risiko yang mungkin dialami semasa tumbesaran janin dan akibatnya.

Ia perlu dilakukan sebaik sahaja anda disahkan mengandung.

Masa yang disyorkan bila anda mengandung kurang dari 12 minggu.

Lawatan pertama mungkin terlewat bagi kandungan anda tetapi masih dianggap lawatan tempah.

Semasa lawatan tempah, jururawat akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan: 

  • Perihal pusingan haid anda
  • Sejarah peribadi
  • Sejarah keluarga
  • Sejarah perubatan dan pembedahan
  • Sejarah kandungan lampau (jika ada)
  • Latar belakang ekonomi dan sosial

Selepas sesi temuduga jururawat akan melakukan pemeriksaan fizikal.

Seterusnya anda perlu menjalani ujian di makmal. 

Apabila anda selesai dengan proses tadi, terpulang kepada keadaan dan keputusan temuduga, pemeriksaan dan ujian makmal, rawatan diberikan mengikut kesesuaian. 

Sebelum pulang, tarikh lawatan susulan anda akan diberi mengikut persetujuan anda.

Jururawat akan memberikan salinan kad pranatal untuk disimpan oleh anda dan untuk dibawa bersama semasa lawatan ke klinik.

Keseluruhan proses mengambil masa 1- 2 jam bergantung kepada beban kerja klinik semasa lawatan anda. 

Apakah yang dilakukan semasa lawatan susulan pranatal?

Semasa lawatan ini tahap kesihatan dan keadaan kandungan anda akan dinilai dan dipantau.
Penglibatan keluarga dan waris adalah digalakan:


  • Untuk sokongan emosi bila diperlukan.
  • Menggalakan mengikut nasihat dan program penjagaan pranatal.
  • Membantu mengenalpasti keperluan dan kehendak ibu.
  • Berbincang bagi merancang kelahiran.

Berikut adalah ativiti-aktiviti yang dilakukan semasa lawatan susulan:


  • Sejarah ringkas dari lawatan akhir pranatal yang telah direkodkan.
  • Pengambilan berat badan dan tekanan darah.
  • Ujian air kencing untuk protein dan gula.
  • Ketinggian rahim direkodkan di carta yang ditetapkan untuk pemantauan tumbesaran janin.

Kedudukan janin dinilai selepas kandungan 32 minggu.

Jika kedudukan janin tidak tepat, pemeriksaan ultrasound untuk kenal pasti kedudukan uri.

Denyutan jantung janin akan direkodkan.

Pelalian (diberikan bila sampai tempoh).

Berapa kerapkah lawatan pranatal?

Dicadangkan lawatan pranatal seperti berikut: 

  • Sebelum 28minggu - sebulan sekali
  • 28 - 35 minggu - setiap 2 minggu sekali
  • 36 minggu dan keatas - setiap minggu

Kekerapan lawatan bergantung kepada keperluan dan keadaan anda.

Bagaimana saya akan tahu bayi kandungan saya membesar dengan sihat?

Semasa lawatan pranatal kedua ibu dan kandungan anda akan dinilai dan dipantau. 
Disini disenaraikan aktiviti-aktiviti yang membantu petugas kesihatan untuk memantau kebaikan janin: 

  • Mengukur ketinggian rahim (saiz perut anda)
  • Pemantauan pertambahan berat badan bagi setiap lawatan
  • Pemeriksaan ultra sound bagi menilai tumbesaran dan kedudukan janin.
  • Carta pergerakan janin - anda perlu mengira kekerapan tendangan janin dalam masa 12 jam
  • Denyutan jantung janin anda - dengan menggunakan mesin Doppler membolehkan anda mendengar denyutan jantung janin anda.
  • Cardiotocography (CTG ) - mesin yang digunakan untuk menilai keadaan janin jika dikhuatiri janin tidak membesar dengan baik.

Di mana saya boleh mendapat bantuan?

Di semua klinik kesihatan kerajaan (di kenali sebagai Poliklinik Komuniti, Klinik Kesihatan, Klinik Desa)
Klinik swasta
Hospital swasta

Kenapa TANAMERA?

Kepada mommies di luar sana, yang masih belum mengenal asal usul TANAMERA ini, mari baca tentang produk ini.

Bahan yang diperbuat dari 100 peratus daripada bahan semula jadi. Dari kandungannya hinggalah ke bungkusannya, semua produk adalah mesra alam, menggunakan kertas kitar semula tanpa peluntur yang sekali lagi boleh dikitar semula.

Produknya pula tanpa sebarang pewarna tiruan, pewangi, tiada toksik dan tanpa pengawet.

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan rangkaian produk Tanamera dicipta khas untuk penjagaan selepas bersalin. Ia berasaskan tumbuhan dan menekankan penggunaan herba tropika dan pati minyak.

Nama Tanamera diambil dari perkataan "tanah merah".

KETIKA MENGANDUNG

Kebanyakan wanita berkahwin berasa amat teruja apabila diberitahu doktor mereka hamil dan bakal menimang cahaya mata.

Tidak kiralah jika untuk kesekian kali pun, berita ketibaan ahli baru sesuatu keluarga itu merupakan berita yang menggembirakan para ibu dan bapa.

Selalunya, usaha menjaga anak dalam kandungan itu melebihi usaha menyediakan si ibu untuk proses kelahiran dan penjagaan selepas bersalin.

Produknya berasaskan rawatan tropika Melayu dan Asia, dengan bahan-bahannya dari tanah subur hutan hujan tropika.

Untuk makluman,set lepas bersalin Tanamera boleh didapati di spa terkemuka sekeliling dunia seperti di Jerman, Denmark, Rusia, Jepun, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Orang yang paling penting dalam proses kehamilan dan kelahiran adalah ibu itu sendiri.

Seorang ibu sanggup mengenepikan keperluannya untuk berehat, sembuh dan segar semula selepas kelahiran semata-mata untuk memberi perhatian kepada keperluan cahaya mata barunya.

Tempoh berpantang sebenarnya bermula sebaik selepas kelahiran anak, maka ia tidak harus diambil mudah atau diabaikan.

Bagi ibu-ibu di negara Asia, tempoh berpantang adalah sekurang-kurangnya 30 hari.

Dalam tempoh ini, tubuh seorang ibu mula kembali kepada bentuk asal sebelum hamil. Ini termasuk perubahan dari segi tahap hormon dan saiz uterus.

Pada masa ini, kebanyakan ibu di negara Asia akan menjaga pemakanan mereka dengan bersungguh-sungguh di samping mendapatkan rawatan tradisional untuk membantu pemulihan keadaan fizikal dan mental mereka kepada asal.

Terdapat 10 produk dalam set lepas bersalin Tanamera yang bertujuan membantu pemulihan ibu yang baru bersalin.

MINYAK KELAPA DARA

Produk utama rangkaian penjagaan ini adalah VCO, atau pun minyak kelapa dara (Virgin Coconut oil).

"Adalah disarankan untuk menggunakan VCO ketika mengandung untuk kesan regangan dan juga selepas bersalin untuk memudarkan kesan parut. VCO bersifat antiseptik dan melembabkan. Ia juga membantu menguatkan tisu perantara. VCO elok disapu dua kali sehari selepas mandi.

Kesan terbaik boleh didapati dengan mengurut minyak ke atas kulit yang lembab.

VCO juga dapat diminum sebelum bersalin kerana ia dipercayai dapat memudahkan proses kelahiran.

Tammy berkata mengurut kawasan perineum dengan VCO sebelum bersalin juga dipercayai mempercepatkan pembukaan serviks untuk kelahiran.

KHAZANAH

Produk Tanamera dihasilkan di kilang di Kuala Selangor.

Ia melambangkan gabungan tiga budaya di Malaysia yang menitikberatkan penjagaan selepas bersalin.

Selain penjagaan dalam pantang Melayu tradisional seperti mengurut dan pengambilan herba, ia juga memasukkan elemen penjagaan selepas bersalin ayurvedik India. Mandian herba dan nutrisi Cina pula menyediakan penjagaan diri secara holistik selepas bersalin.

Set selepas bersalin Tanamera antara lain juga mengandungi minyak urut herba, teh herba, air bunga lavender, sabun badan formulasi perang, pes adunan herba, pencuci wanita, skrub badan Boreh, mandian herba dan bengkung.

Produk ini dapat digunakan sekurang-kurangnya 14 hari bermula dari hari kelima selepas kelahiran normal.

Untuk hasil terbaik, produk-produk ini harus digunakan dalam tempoh masa dua tahun. Ia hanya menggunakan herba sebagai bahan pengawet.

"Produk ini diakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Produk selepas bersalin Tanamera boleh didapati online di www.tanamerapostnatal.com.

Masalah Kekurangan Dr Pakar Sakit Puan O & G

Di petik dari artikel Utusan Malaysia Edisi Online


Seperti semua golongan wanita di negara ini, saya cukup gembira dan berbangga dengan kenyataan bahawa kaum wanita Malaysia telah jauh lebih maju daripada kaum lelaki dari segi pencapaian akademik dan juga bilangan tenaga kerja profesional.

Bagaimanapun, rasa bangga saya mulai pudar apabila membaca laporan kajian khas sebuah IPTA tempatan baru-baru ini yang menyebut bahawa Malaysia kekurangan pakar-pakar perbidanan dan sakit puan (O & G) daripada kalangan kaum wanita. Kenyataan ini memang benar sekalipun pahit dan sebagai seorang doktor pakar perbidanan sendiri saya akui masalah ini telah sampai ke peringkat tenat!

Ketika melanjutkan pengajian untuk menguasai bidang O & G, saya dapati terlalu sedikit doktor wanita yang menuntut bersama-sama saya.

Ketika bertugas di beberapa buah hospital, juga saya perhatikan lebih ramai doktor lelaki yang menjadi pakar sakit puan, sedangkan tugas ini adalah tanggungjawab doktor-doktor wanita!

Pada hal di semua IPTA yang mempunyai fakulti perubatan jumlah penuntut wanita jauh melebihi lelaki. Persoalan tentang masalah ini juga kerap kali diajukan oleh para jururawat dan pesakit wanita kepada saya.

Bagaimanakah saya harus menjawabnya?

Ke mana perginya doktor wanita? Di mana sikap dan tanggungjawab anda semua? Apakah menguasai kepakaran ini tidak penting, atau kepada anda yang beragama Islam, bukan satu fardu kifayah?

Tidakkah sebagai wanita, anda bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh kaum sejenis bila hendak bersalin atau mendapatkan rawatan lain-lain masalah sakit puan, atau menjalani pemeriksaan perubatan berkait kes rogol?

Sukar sangatkah bidang sakit puan hingga ramai yang memilih untuk mendapatkan ilmu kepakaran perubatan yang lain? Tidak salah memilih cabang kepakaran yang kita minati, tetapi utamakanlah kepentingan kaum sejenis kita dahulu.

Tiada wanita yang tidak berasa malu untuk membuka pakaiannya untuk membolehkan doktor lelaki memeriksa tempat sulitnya.

Anda semua mengakuinya tetapi bila saat anda yang telah pun bergelar doktor diperlukan, anda tiada. Ramai ibu yang telah menulis kepada akhbar-akhbar memberitahu bahawa sepanjang pengalaman melahirkan anak-anak mereka, hanya sekali atau dua kali sahaja mereka berpeluang dirawat oleh doktor wanita.

Para penuntut jurusan perubatan daripada kalangan wanita yang sedang membaca tulisan saya tidak seharusnya berasa hati. Saya membuat teguran ini kerana masalah yang diutarakan sudah sekian lama berlarutan sedangkan wanita amat 'berkuasa' dalam kerjaya doktor perubatan di Malaysia.

Jangan sampai nanti kita diperlecehkan oleh kaum lelaki kerana tidak mampu untuk membantu kaum sejenis walaupun kita lebih ramai menjadi graduan dan menjawat jawa-tan tinggi berbanding mereka.

Jangan hanya lantang bersuara ingin menjadi pembela wanita tetapi tidak berbuat demikian di saat-saat saudara-saudara kita amat memerlukan.

Ketepikanlah kepentingan diri jika anda benar-benar memahami tanggungjawab sebagai wanita dalam membantu wanita lain, sesuai dengan niat menceburi kerjaya kedoktoran itu sendiri.

Tidak guna kita bermegah-megah bersorak ke sana ke mari bahawa wanita telah setaraf dengan lelaki dalam banyak bidang kerjaya sedangkan pakar sakit puan masih ramai lelaki.

Jika sebelum ini Perdana Menteri ada bertanya ke mana perginya sebilangan lagi lelaki Melayu yang tidak belajar di universiti, saya pula ingin bertanya, ke mana perginya para doktor wanita hingga terlalu sedikit yang menjadi pakar sakit puan? - DOKTOR WANITA, HUKM Kubang Kerian, Kelantan.

Friday 9 May 2014

AVENT Natural Series


Assalamualaikum semua.

Dah tengok ke entry set Tanamera ini?
Review tu bacalah, then decide yang mana ok dengan diri kita.

Sebab, lain orang, lain pendapatnya J
Ibu2 yang tengah mencari botol susu, meh jenguk sini Botol Susu Avent.
Pernah try? Kalau belum saya jemput anda untuk cuba. Best tau!!

Kelebihan botol Avent:
  • Design yang dipatenkan untuk mengelakkan ‘colic’ (kembung perut) kerana apabila bayi menghisap susu, angin itu akan divert terus kepada botol, bukan ke perut bayi. Best kan sebab anak tak meragam lagi sebab kembung perut minum susu. Kita tinggalkan kat taska pun tak risau akan kejadian ini. 
  • BPA Free
  • Kualiti terjamin
  • Material botol tebal, tak nipis so tahan lama lah. 
  • Memang menjadi pilihan ibu2 termasuk saya! 




Ada promosi nih untuk Avent Natural Stater Set RM160. MURAH berbanding kedai2.

Whatsapp : 019-6659596
Emel : babysmile2u@gmail.com

Review Tanamera

Hye u olls!

Salam Jumaat semua.. TAK SABAR NAK CUTI!! eeee jangan tipu la u olls kalau kata nak stay kat ofis.. hehehe.. gurau jek. 

Haa ni saya nak bg review tanamera oleh blogger2. Boleh la klik ke link2 tersebut untuk dapatkan kepastian dan pengesahan tentang berkesannya Tanamera ini.. Hihi.. 





http://redmummy.com/2012/02/28/44-hari-bersama-tanamera-postnatal/
http://mylifeupsidedown.blogspot.com/2012/05/tanamera-confinement-set.html
http://ctshah84.blogspot.com/2012/04/dah-beli-set-bersalin.html
http://shanazim.blogspot.com/2012/04/my-tanamera-dah-sampai.html


Ok semua. Selamat membuat pilihan =)
Dan kalau gabung dengan Vitamin Shaklee pasti lagi bertambah2 sihat semasa berpantang. 

Ibu sihat, anak pun sihat insyaAllah.. 



Whatsapp : 019-6659596
Email : babysmile2u@gmail.com

Cerita Buku Merah di KKIA


Assalamualaikum semua.


Amacam harini sihat ke? Kalau dah baca entry2 saya sebelum ni mesti ada terfikir2 jugak kesan pengambilan vitamin untuk jangka masa panjang kan.

Tapi harini tak nak cerita pasal vitamin sebab nak share kisah di klinik kesihatan tadi (KKIA). Harini pergi checkup untuk minggu yang ke-16.

Erm…bulan lepas tak pegi. Hehe.. sebab malas nk pegi sebab ramai sgt. Bukan apa, company yang tempat kerja sekarang tak iktiraf ‘time-slip’, kalau nak g klinik kena mohon cuti. Balance cuti saya ada lagi 8 hari. WHattt??? 8 hari mana cukup…nak raya lagi.. aduyai..

Of coz, kalau dah pergi klinik tu mestilah nurse marah sebab lama tak datang. Then saya pun dengan tenangnya explain lah kat dia sebab apa semua. Saya beritahu dia bulan lepas saya buat checkup di klinik swasta pada weekend. Tapi saya dah rekodkan dalam buku merah tu. Ok, di sini baru saya tahu kenapa & mengapa, sebab musabab kena ikut betul2 date dalam buku tu. (padahal anak da ada sorang kot).

Macam ni kisahnya, saya cerita kat nurse tu, saya datang buka buku dulu sebab takut kena marah nanti bila time nak bersalin pegi hospital gomen, diaorang akan marah sebab tak ada buku merah. Tapi, actually tanggapan kita (as patient) yang salah. Sebenarnya, nurse tu kata tak kisah kita nak checkup kat KKIA atau di hospital/klinik swasta, ASALKAN buku rekod kita lengkap. Nanti bila time nak bersalin, sila bawa rekod lengkap yang doctor tulis dalam buku, JANGAN bawak appointment card pulak. Tu yang dorg marah tu sebab dalam kad tu manalah ada info apa2 atau rawatan yang kita pernah ambil. Sebabnya, if kita suka2 buka buku merah di KKIA, then lepas tu tak datang2 dah, KKIA akan menanggung risiko di mana sekiranya ada berlaku apa-apa terhadap ibu/kandungan, mereka yang akan dipertanggungjawabkan, walaupun atas salah pesakit itu sendiri yang tidak mahu datang checkup di KKIA. Nanti, KKIA akan terpaksa menjawab dengan Audit Dalam & Luar, kenapa pesakit itu tidak hadir untuk temujanji, dan kenapa KKIA lambat untuk bertindak dari segi follow-up.

Oleh sebab saya memilih untuk pergi checkup di swasta selepas ini, saya telah menandatangani akuan untuk berhenti checkup di KKIA. Jangan salah faham semua, kalau kampeni saya bg time slip memang saya nak pergi KKIA. Tapi nak buat macam mana saya kena reserved cuti untuk hal2 yang lebih penting, emergency ke apa.


Tapi tetap bersemangat dengan pengambilan Set Hamil Shaklee. Terbaik!


Whatsapp saya untuk maklumat lanjut : 019-6659596

Email : babysmile2u@gmail.com



Shaklee ID : 1140866

Saturday 3 May 2014

Set Bersalin Tanamera

Bestnya jika dapat berpantang dalam suasana SPA.
Segar, nyaman dan tenang. Tapi nak bayar pergi spa sangat mahal untuk postnatal treatment :(
Kami Ada Penyelesainnya Untuk Anda!!!

Terlajak LARIS!!. Setiap bulan diiklankan dalam Majalah PAMA.




Tanamera Postnatal Care Set (10 items)




    ~ Diilhamkan daripada tradisi Melayu, Cina dan Ayuverda secara semula jadi untuk mengembalikan kesihatan selepas bersalin. Memang, tradisi kita amat mementingkan kesihatan ibu2, dan menghargai pengorbanan ibu melahirkan anak. 

    ~ Dibuat 100% berasaskan tumbuhan semulajadi dengan penggunaan herba tropika minyak pati. 
    Tanpa pewarna tiruan, pewangi, pengawet serta bahan kimia bertoksik ataupun jamu 
    yang mana kita tahu mungkin memberi kesan merbahaya kepada si comel kita. Dijamin halal.

    ~ Ibu2 akan berasa segar, sihat dan bertenaga untuk sepanjang proses berpantang. Siapa tak suka ibu sihat anak ceria? 

    ~ Breastfeeding friendly! Jangan risau ye ibu2.. sesuai diambil walaupun menyusukan anak. 


    JOM LIHAT APA ADA DALAM SET INI : 


    1) TANAMERA Boreh Body Srub
    • Kombinasi herba2 yang memberikan kesegaran dan kelembutan kulit.
    • Mengembalikan tenaga bagi ibu2 yang kepenatan.
    • Melancarkan peredaran darah.
    • Mengurangkan 'water retention' (sembab air).
    • Mencerahkan kawasan kulit yang gelap akibat pigmentasi semasa mengandung.


    2) TANAMERA Calming Herbal Blend Paste (Pilis)
    • Diadun secara tradisional.
    • Menyegarkan mata dan minda akibat kurang tidur & keletihan.
    • Menenangkan minda dan badan.
    • Menghilangkan sakit kepala.


    3) TANAMERA Cold Pressed Virgin Coconut Oil:

    Prenatal Use:
    • Menghalang / Mengurangkan strech mark
    • Persediaan sebelum bersalin, digunakan sebagai urutan perinium bagi menghalang / mengurangkan koyakan akibat bersalin.
    • Menghalang sembelit.



    Postnatal Use:
    • Melembutkan kulit, menghilangkan strech mark
    • Soothe nipple akibat proses penyusuan.
    • Menghalang masalah sembelit yang melanda ibu berpantang
    • Selamat digunakan untuk mengurut bayi. 



    4) Brown Formulation Soap


    • Sabun mandi untuk kegunaan semasa berpantang (oopss..yang tak pantang pun boleh juga..hehe)
    • Diperbuat daripada herba2 terpilih untuk memberi kesegaran badan. 





    5) TANAMERA Feminine Herbal Wash

    • Adunan herba yang kaya dengan minyak essential, anti inflammatory dan anti bakteria.
    • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka (episotomy).
    • Memberi kekuatan kepada otot vagina selepas bersalin
    • Membersihkan kawasan intim dengan berkesan dan selamat.
    • Baik untuk keputihan. 




    6) Firming Herbal Blend Paste (Param)


    • Bertujuan untuk merampingkan perut yang meggelebeh selepas bersalin
    • Juga diperbuat daripada rempah dan herba2 yang memberi kesan segar dan 'warming'
    • Mengelakkan kembung perut semasa berpantang







    7) Herbal Bath


    • Memahami kesukaran untuk mencari daun2 dan herba2 terpilih, maka herbah bath diilhamkan untuk mengatasi masalah tersebut. 
    • Kombinasi mandian yang amat menyegarkan! hanya rendamkan dalam air panas dan nikmatilah mandian segar yang berinspirasikan spa mewah.
    • Mengurangkan stress dan mengembalikan tenaga untuk pemulihan badan.



    8) Herbal Tea


    • Sesuai dan selamat diminum bagi ibu yang menyusukan bayi
    • Menggalakkan aliran susu ibu
    • Menghangatkan badan dan melancarkan peredaran darah
    • Melancarkan sembelit
    • Mengurangkan sembab air bagi ibu berpantang







    9 ) Bengkung


    • Digunakan bersama firming herbal blend untuk mengembalikan bentuk badan yang ramping
    • Materialnya berkualiti, daripada cotton
    • Tidak panas dan kemas dipakai





    10) Herbal Massage Oil 

    • Minyak essential semulajadi daripada serai wangi dan herba2 terpilih
    • Menghangatkan badan
    • Melegakan bengkak, sakit badan dan melembutkan kulit
    • Memberi kesan aromaterapi kerana aromanya yang wangi
    • Mengatasi masalah sembab semasa mengandung


    Nak tengok review customer2 kami; klik sini Testimoni Set Bersalin & VCO


    Harga : RM355 (sm) / RM375 (ss)
    FREE POSTAGE


    BERMINAT?

    WHATSAPP : +6019-6659596
    EMEL : babysmile2u@gmail.com